ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo Cars jatuhkan kereta baharu dari ketinggian 30 meter bagi mengasah kemahiran pasukan penyelamat

Berita Global

Views

Buat pertama kalinya Volvo Cars telah melakukan ujian kemalangan paling ekstrem dan sangat penting bagi memastikan pasukan penyelamat bersiap-siaga dalam situasi kemalangan yang paling dahsyat. Dengan menjatuhkan 10 unit kereta Volvo baharu pelbagai model secara berulang kali dari sebuah kren dengan ketinggian 30 meter, ujian ini pasti akan membantu pasukan penyelamat untuk mengasah kemahiran mereka dalam situasi genting.

Sebelum ini pasukan penyelamat sering menggunakan kereta dalam ujian perlanggaran di Pusat Keselamatan Volvo Cars untuk menduga kemahiran mereka, namun tidak banyak perkara yang boleh dipelajari dari ujian perlanggaran biasa. Ujian kali ini diibaratkan latihan simulasi dalam kemalangan paling dahsyat yang memungkinkan mangsa di dalam kereta berada dalam keadaan kritikal.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Bayangkan situasi ketika itu adalah disebabkan kemalangan kereta pada halaju tinggi, kereta dirempuh trak pada kelajuan tinggi atau kereta dirempuh dengan teruk di bahagian sisi. Oleh itu, keutamaan adalah membawa orang keluar dari kereta dan ke hospital secepat yang mungkin, menggunakan alat penyelamat hidraulik yang dikenali sebagai ‘jaws of life‘.

Menurut penyiasat kanan Pasukan Penyelidikan Kemalangan Lalu Lintas Volvo Cars, Håkan Gustafson, pihaknya telah bekerjasama dengan perkhidmatan penyelamat Sweden selama bertahun-tahun. Ini kerana mereka mempunyai tujuan yang sama iaitu memiliki jalan raya yang lebih selamat untuk semua.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Segala data dan maklumat hasil dari ujian ini akan dikumpulkan dalam laporan penyelidikan yang akan disediakan secara percuma untuk kegunaan penyelamat lain, sekaligus membolehkan mereka memanfaatkan dan meningkatkan lagi keupayaan dalam menyelamatkan nyawa.

Jurang yang sangat besar antara kereta moden dengan yang dibina lima belas hingga dua puluh tahun lalu juga membolehkan pasukan penyelamat memperkukuhkan lagi kerjasama di antara rakan sepasukan serta mengemas kini pengetahuan mereka bagi memperluaskan lagi teknik menyelamat.

Sebanyak sepuluh buah Volvo dari model yang berbeza telah dijatuhkan dari kren beberapa kali. Sebelum ia dijatuhkan, jurutera keselamatan Volvo Cars membuat perhitungan tepat mengenai berapa banyak tekanan dan kekuatan yang perlu didedahkan oleh setiap kereta, bagi mencapai tahap kerosakan yang diinginkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply