ARKIB

KATEGORI

Buletin

Takut ‘jalan sesak’ masa nak balik kampung? Jangan bimbang, Waze kongsi ramalan trafik

Info

Views

Sempena kedatangan Syawal yang kian menghampiri, Waze kongsikan beberapa ramalan trafik yang boleh anda jangkakan semasa memandu pulang ke kampung halaman untuk perayaan tahun ini:

Ramalan 1: Lebih ramai rakyat Malaysia akan berada di jalan raya

Berdasarkan data Waze dari tahun 2018 dan sempena percutian sekolah musim Raya, Waze meramalkan bahawa akan terdapat peningkatan sebanyak 18 peratus dalam bilangan pengguna aktif jalan raya berbanding satu minggu biasa.

Ramalan 2: Rakyat Malaysia akan meluangkan lebih banyak masa di atas jalan

Secara purata, rakyat Malaysia meluangkan sebanyak 72 minit sehari di jalan raya, tetapi masa tersebut dijangkakan akan meningkat ketika Raya kerana Waze meramalkan peningkatan sebanyak 15 peratus, yang bersamaan dengan 83 minit masa yang diluangkan di jalan raya. Jarak yang diliputi oleh para pengguna jalan juga dijangkakan meningkat sebanyak dua kali ganda dari 56km sehari seperti yang diperhatikan dalam satu minggu biasa.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?

Ramalan 3: Rakyat Malaysia, makanan dan membeli-belah

Rakyat Malaysia mencatatkan sebanyak 7.2 juta navigasi berkaitan dengan makanan dan 9.7 juta navigasi berkaitan dengan membeli-belah menggunakan Waze secara bulanan, dan nombor itu dijangkakan akan meningkat semasa percutian Hari Raya ini.

Beberapa tip Waze di hujung jari anda

Semasa musim perayaan, ia tidak masuk akal untuk anda duduk di rumah, tetapi apakah yang boleh anda lakukan apabila terdapat banyak kereta berada di jalan-jalan raya?

Biar Waze sentiasa dipasang ketika memandu

Waze mencadangkan para pengguna untuk membiarkan aplikasi tersebut terpasang apabila memandu untuk mendapat data trafik dalam masa sebenar bagi membantu mereka mengagak masa pemanduan mereka dengan lebih tepat.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Pilih laluan-laluan anda

Waze turut mencadangkan penggunaan laluan di dalam aplikasi itu yang akan memeriksa laluan mana yang menawar masa ketibaan yang paling cepat. Alternatifnya, para pengguna boleh memilih laluan yang lebih senang atau dikenali, termasuklah jalan tanpa tol.

Mainkan lagu

Jika anda menjangkakan perjalanan yang panjang, meriahkan suasana dengan memainkan muzik ataupun podcast menerusi salah satu rakan kongsi audio Waze, seperti, Spotify, Deezer, iHeartRadio, NPR, Pandora, Scribd, Stitcher, dan TuneIn.

Semoga dengan bantuan tip-tip ini dapat membantu perjalanan ‘balik kampung’ anda lebih lancar dan sampai ke destinasi dengan selamat. Jangan lupa muat turun aplikasi Waze dan cubalah sendiri. Untuk maklumat lanjut, layari www.waze.com.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply