ARKIB

KATEGORI

Buletin

Zareena Ali – Anggota polis wanita New Zealand pertama yang berhijab

Berita Tempatan

Views

Portal SinarPlus melaporkan, Polis New Zealand buat pertama kalinya memperkenalkan pemakaian hijab bagi mendorong lebih ramai wanita Muslim menyertai pasukan tersebut. Rekaan itu diperagakan oleh seorang anggota polis bernama Zareena Ali yang juga merupakan pereka hijab tersebut.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Menurut laporan NZ Herald, Zareena menyertai pasukan polis sejurus selepas kejadian serangan terhadap dua buah masjid di Christchurch pada tahun lalu dengan niat ingin membantu komuniti Islam. Kata Zareena, pasukan polis amat memerlukan lebih ramai wanita Muslim bagi membantu kejadian seumpama itu yang mensasarkan orang Islam.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Tambahnya. kebanyakkan wanita Muslim begitu takut untuk bercakap dengan polis dan mungkin hanya akan berdiam diri di depan pintu rumah jika ada seorang lelaki yang bercakap dengan mereka. Jadi, lebih ramai wanita Muslim diperlukan dalam pelbagai pasukan barisan hadapan dalam usaha mengurangkan jenayah.

Menurut Zareena, dia bangga menjadi anggota polis wanita pertama memakai tudung, dan merasa hebat kerana dapat menunjukkan bahawa pasukan Polis New Zealand kini mempunyai pakaian seragam berhijab. Ujarnya lagi, dia merasakan lebih ramai wanita-wanita Muslim turut menyertai pasukan polis. Pada tahun 2008, polis membenarkan pemakaian serban ke dalam seragam itu dan Nelson Constable Jagmohan Malhi menjadi pegawai pertama yang memakainya ketika bertugas.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply