ARKIB

KATEGORI

Buletin

Program Toyota Eco Youth 2020 dilancar – Bertemakan “Reimagining Mobility”

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia melancarkan edisi ke-20 Program Toyota Eco Youth (TEY). Program pelopor dengan matlamat meningkatkan kesedaran dan inovasi terhadap alam sekitar dalam kalangan remaja dan belia di negara turut mendapat sokongan dari Leaderonomics Community juga merupakan rakan sekerja bagi TEY 2020/2021.

Sepanjang tempoh 20 tahun lalu, pelbagai tema telah diperkenalkan dengan satu matlamat utama iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang prihatin terhadap alam sekitar di masa hadapan. Secara keseluruhannya, program ini telah melibatkan 285 sekolah, 1,910 pelajar sekolah menengah dan 762 guru.

TEY juga menyediakan mereka platform untuk melobi idea yang ada kepada pihak berkepentingan terlibat, antaranya pihak berkuasa tempatan, komuniti setempat dan juga media. Tema bagi edisi kali ini ialah “Reimagining Mobility“, bertujuan untuk mewujudkan penyelesaian mobiliti yang selamat dan mesra alam.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama berkata, pihaknya melihat program ini sebagai alat untuk menghimpunkan minda-minda terbaik dalam merencanakan masa depan yang lebih hijau untuk kita semua.

Konsep bagi program tahun ini berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya kerana ia akan melibatkan rentang waktu tiga tahun. Program ini terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah menengah berumur antara 13-16 tahun dan tiada had penyertaan untuk sekolah. Pelajar boleh mendaftar melalui www.toyota.com.my/toyotaecoyouth atau melalui sekolah masing-masing.

Format program ini akan berlangsung secara dalam talian sepenuhnya, termasuk e-pembelajaran interaktif dan bengkel. Fasa penilaian akhir akan memberi ruang kepada pelajar untuk menunjukkan perkembangan mereka melalui media sosial dan saluran-saluran secara langsung.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

16 pasukan teratas bagi TEY 2020 akan dipersiapkan dan dilatih dengan kemahiran pengurusan projek yang menerapkan Metodologi Penyelesaian Masalah Toyota. Dengan pengetahuan yang diperkemaskan itu, 16 pesaing terbaik TEY akan membangunkan prototaip penyelesaian berdasarkan komuniti setempat mereka.

Edisi kali ini turut menampilkan pertambahan terbaharu di mana TEY kelas 2020 akan diberikan keistimewaan untuk kembali sebagai pemudahcara bagi kelompok pelajar tahun berikutnya. Aspek pendigitalan TEY juga maju setapak lagi dengan adanya Kelab Perintis TEY secara dalam talian.

Pasukan-pasukan yang menang berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM64,000. Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K, pandemik ini tidak mematahkan semangat mereka untuk terus komited dan mencari jalan melangkaui masalah dengan beralih kepada platform digital dan secara dalam talian.

Langkah ini selari dengan pendekatan progresif pihaknya bagi memastikan TEY sentiasa dapat membangunkan belia kita, meskipun berdepan dengan cabaran pandemik ketika ini. Sejak pengenalannya, UMW Toyota Motor telah melaburkan lebih daripada RM7 juta untuk program ini dan berharap para pelajar yang menerima manfaat daripada program berkenaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply