ARKIB

KATEGORI

Buletin

JPJ minta bantuan polis kesan Opai

Berita Tempatan

Views

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meminta bantuan polis bagi mengesan suami pelakon Fatin Afeefa yang dikenali sebagai Opai bagi membantu siasatan.

Sehingga kini, Opai belum hadir ke Pejabat JPJ untuk dirakam keterangan selepas menggunakan nombor pendaftaran ‘QPA1‘ yang bukan didaftarkan di atas kereta McLaren miliknya.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Erick Jusiang berkata, pihaknya sudah menyerahkan notis panggilan temu siasat terhadap suami pelakon itu.

Namun selepas tempoh 14 hari diberikan, lelaki terbabit masih belum hadir ke pejabat JPJ. Pihaknya sudah menyerahkan notis itu ke alamat rumahnya namun selepas 14 hari, dia tidak datang.

Jadi pihaknya meminta bantuan polis kerana mereka ada kuasa untuk mengeluarkan waran dan mengesannya di rumah.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Op Khas Motosikal Sempena Hari Raya Aidiladha, di Jalan Pahang di Kuala Lumpur, malam tadi.

Beliau berkata, lelaki terbabit masih berada di Kuala Lumpur dan dianggap seperti mencabar JPJ kerana tidak datang untuk dirakam percakapan.

Mengikut laporan, lelaki terbabit sebelum ini telah memuat naik satu klip video menafikan dakwaan dia dipanggil pihak berkuasa dan panggilan itu pula kononnya berhubung video awal yang mendakwa dia menghina kenderaan bukan ‘supercar pada sebuah acara pertunjukan kereta baru-baru ini. – BuletinTV3

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply