ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ambil alih PLUS – Widad naikkan nilai bidaan kepada RM5.3 bilion

Berita Tempatan

Views

Nampaknya perebutan PLUS sedang hangat ‘ibarat pisang goreng panas’ kerana sekali lagi konglomerat pembinaan dan pengurusan fasiliti bersepadu, Widad Business Group Sdn Bhd (WBG) berhasrat untuk membida saham PLUS Expressway Bhd. Kali ini mereka telah menaikkan tawaran bidaan kepada RM5.3 bilion berbanding RM3 bilion sebelum ini.

Menurut Berita Harian, ia termasuk dalam cadangan untuk menguasai 100 peratus kepentingan ekuiti ke atas pengendali lebuh raya itu. Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan WBG, Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah, dalam pembentangan kepada Kementerian Kerja Raya semalam, pihaknya menawarkan RM5.3 bilion sebagai pertimbangan tunai selain pengecualian pampasan sebanyak RM3.038 bilion dan andaian hutang RM30 bilion yang membawa kepada nilai hutang perniagaan untuk ditawarkan sebanyak RM38.338 bilion.

Katanya, semakan semula tawaran itu juga termasuk dua lagi tambahan klausa iaitu pengecualian RM11 bilion sukuk yang dijamin oleh kerajaan dan pilihan oleh kerajaan untuk membeli balik PLUS selepas 10 tahun berdasarkan nilai pasaran.

Pada 9 Oktober lalu, WBG telah membuat cadangan awal kepada kerajaan untuk membeli konsesi PLUS dengan mengambil alih 51 peratus kepentingan yang dimiliki oleh Khazanah Malaysia Bhd pada nilai pertimbangan tunai RM1.5 bilion atau mengambil alih 100 peratus konsesi yang dimiliki oleh Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada pertimbangan tunai RM3 bilion.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Tawaran terbaru bernilai RM38.338 bilion termasuk hutang oleh WBG itu adalah tawaran tertinggi dari sektor swasta. Selain daripada WBG, kerajaan sudah menerima tiga cadangan pengambilalihan untuk PLUS iaitu daripada Maju Holdings Sdn Bhd bernilai RM34.9 bilion termasuk hutang, serta masing-masing dari RRJ Capital (RM3.5 bilion) dan Tan Sri Halim Saad (RM5.2 bilion).

Baru-baru ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan masih belum menemui tawaran yang menarik untuk PLUS dan selepas beberapa pertimbangan kerajaan meningkatkan tawaran agar ia memberi cerminan prospek yang lebih baik kepada PLUS selain perancangan pengambilalihan ini dapat membantu mengurangkan beban kewangan kerajaan dan membantu menjimatkan serta menyenangkan rakyat yang menggunakan lebih raya ini.

Muhammad Ikmal berkata, di dalam cadangan yang dihantar kepada Kementerian Kewangan , WBG telah menyenaraikan beberapa komitmen untuk pengambilalihan PLUS, antaranya:

  • Diskaun tol secara langsung 25 peratus hingga 40 peratus ke atas pengguna lebuh raya atau
  • Pengurangan tol 18 peratus secara langsung ke atas pengguna lebuh raya dan pengurangan baki 7 peratus hingga 22 peratus akan disalurkan kepada kerajaan untuk tujuan kebajikan kumpulan sasar.
  • Tambahan diskaun tol sebanyak 50 peratus akan diberi semasa perayaan utama di Malaysia seperti Hari Raya Aidil Fitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali,

Pengambilalihan ini dapat membantu mengurangkan beban kewangan kerajaan sebagaimana dikecualikan daripada membayar pampasan tol di masa depan dengan pelepasan dari Jaminan Sukuk bernilai RM11 bilion dan pinjaman masa hadapan PLUS yang lain.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Selain itu, WBG akan menaik taraf kemudahan-kemudahan sedia ada, melaksanakan penggunaan teknologi “kecerdasan buatan (AI)” bagi meningkatkan kelancaran dan pengurusan trafik, selain merancang untuk menaiktaraf kemudahan sedia ada.

WBG juga merancang untuk membangunkan pusat mesra keluarga, outlet membeli belah, pusat-pusat perniagaan dan hub hiburan di sepanjang sehenti antara bandar yang akan dilakukan bagi meningkatkan ekosistem semasa lebuh raya itu.

Muhammad Ikmal memberitahu, WBG memiliki rekod pencapaian yang membanggakan lebih 20 tahun di dalam industri dan berjaya menyiapkan lebih dari RM2 bilion projek awam dan swasta termasuk perkhidmatan fasiliti dan pengurusan di Istana Negara dan JB Sentral.

Dengan keupayaan dan kekuatan yang ada, WBG yakin dapat menjalankan secara terperinci cadangan pengambilalihan tersebut sekali gus memberi faedah kepada kerajaan dan rakyat pada jangka masa pendek dan jangka panjang. WBG adalah pegangan korporat yang menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 1,500 orang di seluruh negara.

WBG menguasai 65 peratus dalam Widad Group Berhad dan menguasai 63 peratus dalam Dataprep Holdings Bhd, yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Diperbadankan pada 2001, WBG telah memenuhi segala keperluan sebagai kontraktor Bumiputera berkaliber di negara ini dan telah berkembang pesat meluaskan aktiviti perniagaan menerusi pengurusan fasiliti bersepadu, pembinaan, penyelenggaraan dan operasi, perkhidmatan elektrikal dan mekanikal, sistem automasi bangunan, pengurusan tenaga, pembangunan hartanah, pendidikan, perkhidmatan ICT dan media serta hospitaliti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply