ARKIB

KATEGORI

Buletin

Anda bakal didenda RM300 jika tunggang ‘skuter elektrik’ di jalan raya mulai tahun depan

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu hantaran di laman Facebooknya, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL) telah mengadakan Operasi Khas, Op Didik / Advokasi pengguna skuter elektrik di empat lokasi secara serentak bermula dari jam 9.00 malam hingga 11.00 malam tadi.

Operasi yang telah diketuai oleh YDH ACP Hj Zulkefly Bin Yahya, Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur bersama Pegawai Penguatkuasa JSPTKL telah menumpukan beberapa lokasi di sekitar Dataran Merdeka, KLCC dan Bukit Bintang. Seramai 25 orang anggota JSPT KL terlibat dalam operasi ini.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

65 individu yang terdiri daripada 30 lelaki dan 35 wanita telah di periksa dan diberi nasihat berkaitan dengan penggunaan skuter elektrik dari sudut perundungan. Ini kerana, penggunaan skuter elektrik di atas jalan raya tanpa pengawalan, pengawasan dan laluan yang ditetapkan boleh membahayakan diri dan juga pengguna jalan raya yang lain.

Penggunaan skuter elektrik ini tertakluk kepada peruntukan undang-undang sedia ada iaitu :

  • Kaedah 42(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN166/59)
  • Kaedah 42(2) (LN166/59)
  • Kaedah 42(3) LN 166/59
  • Kaedah-Kaedah Isyarat Lalu Lintas (Saiz, Warna dan Jenis) 1959 (LN167/1959)
  • Kaedah 35 LN 166/59

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Antara kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh pengguna skuter elektrik adalah :

  • Menunggang kenderaan tersebut secara berdua
  • Tidak menggunakan laluan sikal ataupun siar kaki yang telah disediakan
  • Menunggang secara berbahaya di tengah jalan dan secara berkumpulan

Mulai 1 Januari 2021, mana-mana penunggang skuter elektrik yang melakukan kesalahan tersebut bakal dikenakan hukuman di bawah Seksyen 54 APJ 1987 di mana bagi kesalahan pertama didenda sebanyak RM300 dan jika sabitan kesalahan kedua boleh didenda sebanyak RM1,000.00 atau 3 bulan penjara.

Dalam masa yang sama, Zulkefly turut menasihati orang awam yang menggunakan skuter elektrik ini supaya tidak menunggangnya di atas jalan yang diwartakan jika tiada kebenaran dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), menunggang hanya di kaki lima atau di taman permainan kerana mobiliti ini terikat dengan peraturan jalan raya di bawah APJ 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply