ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penguatkuasaan khas trak pikap JPJ Pulau Pinang – 73 kenderaan dikompaun atas pelbagai kesalahan

Berita Tempatan

Views

Laman Facebook rasmi JPJ Pulau Pinang melaporkan, Unit Operasinya telah membuat penguatkuasaan khas ke atas kenderaan jenis ‘trak pikap’ di sekitar Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang. Penguatkuasaan khas ini diadakan selama 5 hari bermula 7 November dan berakhir semalam. Ia memberi tumpuan pelbagai kesalahan serta memastikan pemandu dan pemilik kenderaan ini mematuhi peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasa.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Sebanyak 305 buah kenderaan telah diperiksa, dan daripada jumlah tersebut 73 buah telah dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan antaranya, tiada lesen memandu, Lesen kenderaan motor (LKM ) tamat tempoh, tiada perlindungan insuran, gagal patuhi lampu isyarat merah dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Selain itu, antara kesalahan lain yang dilakukan adalah penggunaan cermin gelap tanpa mengikut spesifikasi dibenarkan, nombor pendaftaran “fancy“, memasang “strobe light” dan pengubahsuaian tanpa kebenaran.
Pemandu dan pemilik kenderaan tersebut juga dinasihatkan supaya mematuhi peraturan dan undang- undang serta sebarang pengubahsuaian kenderaan perlu mendapat kelulusan dari Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JPJ Pulau Pinang

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply