ARKIB

KATEGORI

Buletin

Axia terbabas rempuh penunggang basikal di Jalan Temiang-Pantai, warga emas maut

Berita Tempatan

Views

Seorang warga emas yang sedang menunggang basikal maut dirempuh sebuah kereta Perodua Axia dalam kemalangan di Jalan Temiang-Pantai atau dikenali ‘New Zealand Malaysia’, awal pagi semalam.

KOSMO! ONLINE melaporkan, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintan Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Khalid Mohd. Isa, 72, mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Axia yang dipandu seorang wanita berusia 26 tahun dari Jalan Pantai menghala ke Kajang, Selangor telah hilang kawalan dan terbabas.

Kenderaan tersebut kemudiannya melanggar sebuah basikal yang ditunggang seorang lelaki berusia 72 tahun di bahu kiri jalan.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Mohd. Fazley berkata, akibat kemalangan itu, penunggang basikal mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian bagaimanapun pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, pihak polis memohon orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Inspektor Nor Fadzilah Mohd Zainuddin di talian 016-289 5801 bagi membantu siasatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply