ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Banjir kilat’ di jalan tertinggi di Malaysia, MBPP arah jurutera beri penjelasan

Berita Tempatan

Views

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) meminta jurutera mengendalikan projek Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong (Jalan Bukit Kukus) untuk mengemukakan penjelasan secara terperinci berhubung insiden air bertakung di bahagian hujung jejantas itu semasa hujan, dua hari lalu.

Berita Harian melaporkan, MBPP dalam kenyataan semalam berkata pihaknya turut mempelawa pakar-pakar dari The Institution of Engineers, Malaysia (IEM) cawangan Pulau Pinang untuk bekerjasama dengan jurutera MBPP bagi mengenal pasti punca utama kejadian serta menyumbang nasihat, terutamanya dari aspek teknikal bagi menangani insiden itu.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Siasatan awal menunjukkan takungan berlaku disebabkan sampah sarap yang banyak dan daun-daun kering yang menghalang laluan air mengalir ke sistem perparitan sedia ada.

MBPP berasa kesal dengan kejadian yang berlaku kerana insiden sedemikian tidak sepatutnya berlaku dan jurutera yang terlibat dalam projek itu telah diminta untuk mengemukakan penjelasan terperinci berhubung kejadian berkenaan.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus) yang dikenali sebagai jalan berkembar tertinggi di Malaysia itu ditakungi air selepas hujan lebat dalam kejadian berkenaan dan video berdurasi 10 saat mengenai kejadian itu yang tular di laman sosial, membangkitkan kecaman ramai.

Sementara itu MBPP berkata tindakan tegas akan diambil ke atas orang ramai yang memberhentikan kenderaan mereka di bahu jalan dan yang membuang sampah di merata-rata tempat di sepanjang jalan berkembar di Bukit Kukus itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply