ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bas bawa pelajar UPSI terbabas, 11 penumpang dan pemandu cedera ringan

Berita Tempatan

Views

Sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terbabas ke cerun bukit di Jalan Slim Lama dekat Kota Malim Prima di Tanjung Malim petang tadi.

KOSMO! ONLINE melaporkan, kejadian sekitar pukul 7 petang itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan menghantar pelajar pulang ke asrama, namun tidak mengakibatkan kemalangan jiwa.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Difahamkan, seramai 11 pelajar cedera, manakala pemandu bas yang tersepit telah berjaya dikeluarkan pasukan bomba.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, maklumat awal diterima pada pukul 7.03 petang yang memberitahu terdapat sebuah bas terbabas sendiri.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Siasatan awal mendapati terdapat kira-kira 60 penumpang terdiri daripada pelajar UPSI yang mana 11 penumpang dan pemandu cedera ringan.

Kesemua mereka dibawa ke Hospital Slim River untuk rawatan. Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bernama

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply