ARKIB

KATEGORI

Tular

Brek tak makan, lori rempuh kenderaan di simpang lampu isyarat

Tular

Views

Sebuah lori yang dipercayai kerosakan brek merempuh dua kenderaan lain di simpang lampu isyarat di Jalan Ara Kuda, di Tasek Gelugor, pagi semalam.

Dua kenderaan yang dirempuh itu kemudian bergerak ke adapan dan merempuh empat kenderaan lain. Seorang pemandu cedera ringan manakala yang lain selamat selain kerosakan kenderaan yang dirempuh dalam kejadian jam 10.45 pagi itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan Siti Nor Salawati Saad, berkata pihaknya menerima panggilan orang awam jam 11.15 pagi berhubung kemalangan berkenaan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kenderaan telah diubah ketika polis tiba di lokasi kejadian. Kemalangan membabitkan sebuah lori tiada muatan dari Tasek Gelugor menghala ke Lunas, Kedah.

Apabila tiba di lampu isyarat Jalan Ara Kuda, dikatakan brek lori tidak berfungsi menyebabkan pemandu cuba mengawal dan memperlahankan kenderaannya dengan bergerak ke kiri dan ke kanan.

Namun, pemandu gagal berhenti dan merempuh kenderaan lain yang sedang berhenti disebabkan lampu isyarat merah.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Jelasnya, lori itu pada mulanya telah merempuh dan melanggar sebuah kereta jenis Perodua Viva dan Proton Waja.

Bagaimanapun, impak pelanggaran kedua-kedua kenderaan ini menyebabkan kereta bergerak ke hadapan dan melanggar kenderaan di hadapan mereka. Kes disiasat di bawah Kaedah 10, Kaedah Kaedah Lalulintas 1959.

Terdahulu tular satu kejadian kemalangan membabitkan sebuah lori terbabas selepas dipercayai mengalami masalah brek sebelum merempuh beberapa buah kenderaan lain. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply