ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kilang di Gurun bakal eksport 280,000 kenderaan Stellantis dalam tempoh empat tahun

Berita Tempatan

Views

Stellantis N.V. (Stellantis), antara pengeluar kereta dan penyedia mobiliti terkemuka dunia, mahu menjadikan Malaysia sebagai hab eskport di rantau ini dan Asia Pasifik dengan sasaran untuk mengeksport kira-kira 280,000 kenderaan dalam tempoh empat tahun bermula tahun depan.

Stellantis adalah antara pengeluar kereta terbesar dunia dengan 14 jenama ikonik, termasuk Peugeot, Citroën, Ram, Maserati, Alfa Romeo dan Jeep.

 

Ketua Pegawai Operasi India dan Asia Pasifik Stellantis, Ashwani Muppasani, berkata kesemua kenderaan yang dihasilkan di kilang di Gurun, Kedah itu akan dieksport ke 20 negara dalam Asia Pasifik dalam tempoh 2025 hingga 2028.

Ujarnya, sasaran ini akan dibantu oleh kemudahan mereka di Gurun yang dijangka akan dapat berada pada kapasiti pengeluaran penuhnya menjelang akhir 2026 dipacu oleh eksport.

Pihaknya amat komited dan telah melabur sejumlah besar di Malayia untuk menjadikan negara ini sebagai hab eksport bagi sebahagian pasaran Asia.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Malaysia juga akan menjadi ibu pejabat Stellantis untuk Asia Pasifik serta menjadi pusat penggudangan dan pengedaran serantau untuk alat ganti jenama di bawah Stellantis ke 18 negara di rantau ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Operasi ASEAN Stellantis, Daniel Gonzalez dan Naib Presiden Kanan Stellantis India dan Asia Pasifik, Billy Hayes.

Ashwani berkata, Stellantis kini melihat India dan Asia Pasifik (IAP) sebagai pasaran yang penting kerana pasaran di Amerika Utara dan Eropah sudah tepu dan perlahan dari segi pertumbuhan.

Katanya, negara-negara seperti Malaysia, Indonesia, Bangladesh, Vietnam dan sebagainya sudah membuktikan peningkatan ekonomi yang kukuh untuk membolehkan mereka melabur di rantau ini.

Sementara itu, Gonzalez berkata, sebanyak lima model kenderaan elektrik bateri (BEV) akan dipasang di negara ini.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Malaysia dilihat sebagai berpotensi untuk menjadi hab pemasangan pek bateri EV untuk pasaran tempatan dan dieksport ke Asean serta India.

Tambah beliau, Stellantis menyasarkan 67 peratus dari jumlah jualan di ASEAN terdiri dari model kenderaan elektrik (EV) menjelang 2030.

Stellantis yang juga kumpulan automotif multinasional hasil penggabungan PSA dan Fiat Chrysler Automobiles menguasai 100 peratus pemilikan kilang di Gurun sejak 2021, kemudahan yang sebelum ini dikuasai oleh Naza Corporation.

Kemudahan milik Stellantis selain di Vietnam (kilang hasil kerjasama dengan Thaco Auto) di ASEAN itu memiliki keluasan tanah 60.7 hektar dengan struktur pengeluaran seluas sekitar 10.12 hektar.

Ia memiliki kapasiti pengeluaran 70,000 unit kenderaan setahun dan masih memiliki ruang untuk meningkatkan pengeluaran mengikut keperluan dan pelan pengembangan masa depan Stellantis.

Kilang Stellantis di Gurun mengeluar dan mengedarkan model utama Peugeot, termasuk 2008, 3008 dan 5008 ke beberapa pasaran di ASEAN seperti Malaysia, Filipina, Thailand serta Kemboja. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Peugeot E-3008

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply