ARKIB

KATEGORI

Buletin

COVID-19 : Nak keluar beli barang keperluan rumah? Hanya seorang wakil sahaja dibenarkan

Berita Tempatan

Views

Menteri Kanan yang juga Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof menerusi satu sidang media hari ini menegaskan, hanya seorang wakil atau ketua keluarga dibenarkan keluar dari rumah sekiranya ada keperluan untuk membeli barangan keperluan atau mendapatkan ubat-ubatan.

Menurut Berita Harian, beliau menjelaskan, dari segi dasar, semua pihak perlu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan keluar hanya bila perlu. Kata beliau, sekiranya terpaksa keluar, mereka perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu mencuci tangan dan mengikut penjarakan sosial (social distancing).

JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

Dalam pada itu, beliau memaklumkan polis boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang membuat saringan COVID-19 di hospital dan klinik kerajaan atau swasta tetapi gagal mengisytiharkan bahawa mereka adalah kontak rapat kepada pesakit yang sudah disahkan positif.

Fadillah berkata, menurut laporan Ketua Pengarah Kesihatan, sudah ada petugas yang berada di barisan hadapan khususnya doktor dan jururawat dijangkiti COVID-19. Justeru pihaknya sarankan sesiapa yang membuat saringan di klinik atau hospital sama ada kerajaan atau swasta yang sudah ada kontak rapat dengan mereka yang didapati positif, perlu maklumkan perkara itu kepada doktor atau jururawat.

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, sebenarnya polis boleh ambil tindakan mengikut undang-undang untuk tangkap dan diambil tindakan perundangan sama ada dihukum (penjara) atau denda atau sebagainya.

Tambah beliau, pekerja barisan hadapan seperti doktor dan jururawat serta petugas kesihatan lain tidak boleh dirisikokan dengan jangkitan virus berkenaan kerana ia boleh menjejaskan perkhidmatan mereka yang amat diperlukan dalam situasi sekarang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply