ARKIB

KATEGORI

Buletin

Terbaring sebab mabuk, bukan COVID-19

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan, pihak polis menafikan seorang lelaki yang terjatuh dan terbaring di sebuah stesen minyak di Batu Caves, hari ini, mempunyai kaitan dengan wabak COVID-19.

JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, lelaki itu sebenarnya jatuh dari motosikal dan terbaring kerana mabuk. Kata beliau, kejadian itu dimaklumkan kepada pihaknya kira-kira jam 10.30 pagi selepas tular satu video di media sosial.

Arifai berkata, siasatan awal pihaknya mendapati ada bau minuman keras di badan lelaki terbabit selain kecederaan di lututnya akibat terjatuh. Tambah beliau, lelaki berkenaan sudah dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

Menurutnya, polis memandang serius video tular terbabit yang mengaitkannya dengan serangan wabak COVID-19. Siasatan sedang dijalankan untuk mengesan siapa individu yang bertanggungjawab menyebarkan berita tidak benar itu.

Jelas beliau lagi, ini adalah satu isu yang serius dan orang ramai diingatkan untuk tidak dan sesuka hati menyebarkan berita palsu kerana mereka boleh dikenakan tindakan tegas undang-undang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply