ARKIB

KATEGORI

Buletin

COVID-19 : Pusat 3S Mitsubishi Gong Badak ditutup 3 hari, 5 kakitangan dikuarantin

Info

Views

Menurut satu hantaran di laman Facebooknya, Pusat 3S Mitsubishi Gong Badak – Lajina Motors Sdn Bhd telah dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) petang semalam bahawa salah seorang pelanggan yang berkunjung ke pusat servis mereka pada Sabtu, 17 Oktober 2020 telah didapati positif COVID-19.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Susulan daripada itu dan atas arahan daripada KKM, lima orang kakitangan pusat servis itu yang disyaki berhubung secara rapat semasa proses penyelenggaraan kereta pelanggan tersebut akan dikuarantin dan perlu melakukan saringan kesihatan.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Selain itu, pusat pameran dan servis tersebut juga akan ditutup selama 3 hari bermula Rabu, 28 Oktober 2020 hingga Jumaat, 30 Oktober 2020 untuk proses sanitasi dan nyah kuman. Operasi dijangka bersambung semula pada Sabtu, 31 Oktober 2020 bermula jam 10.30 pagi. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Adi (Jualan) – 011-3426 1666 dan Cik Rina (Servis) – 014-835 4341.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Pusat 3S Mitsubishi Gong Badak – Lajina Motors Sdn Bhd

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply