ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X50 : Tempoh menunggu hingga 6 bulan sebab tempahan banyak sangat. Betul ke?

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, para pelanggan yang membuat tempahan model SUV Proton X50 yang dilancarkan semalam perlu menunggu sehingga enam bulan berikutan jumlah tempahan yang diluar jangkaan iaitu melebihi 20,000 unit.

Semasa sesi pratonton media di Litar Antarabangsa Sepang bulan lalu, Proton berkata jika tempahan diterima melebihi sasaran jualan 4,000 unit pada 2020, pengeluaran di kemudahan berkenaan boleh ditingkatkan sehingga 8,000 unit menjelang akhir tahun.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Susulan itu, penganalisis automotif berkata, kemungkinan tempoh menunggu sehingga enam bulan dianggap logik selepas mengambil kira angka lebih 20,000 unit setakat hari ini. Kesimpulan itu belum lagi dinilai jika pelanggan memilih varian dan warna tertentu yang mendapat permintaan tinggi, seperti mana yang berlaku ke atas model lain, tidak hanya Proton.

Jika benar tempoh menunggu sehingga enam bulan, maka ia bakal memberi banyak impak sama ada pelanggan membatalkan tempahan kerana tempoh untuk menerima kereta terlalu lama atau mungkin pembeli ‘asli’ meneruskan niat walaupun sebahagian mereka tidak lagi layak menikmati pengecualian cukai jualan 100 peratus sekiranya kerajaan memutuskan insentif itu tidak dilanjutkan menjangkaui tarikh akhirnya 31 Disember ini.

Status kapasiti maksima barisan pengeluaran X50 di Tanjung Malim tidak dapat dipastikan, namun sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Roslan Abdullah mendedahkan kilang pengeluaran berkenaan mampu mengeluarkan 8,000 unit Proton X50 menjelang akhir tahun.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Andai kata, Proton menyatakan kemampuan meningkatkan kapasiti pengeluaran lebih tinggi dari 8,000 unit tahun ini, namun pengeluar jenama kereta nasional itu perlu mengambil kira kemampuan vendor dari China atau tempatan sama ada boleh menyediakan komponen yang dikehendaki atau sebaliknya.

Ketika dihubungi BH, Roslan menjelaskan, Proton bersama pembekal sedang berusaha memasang siap sebanyak kereta mungkin bagi memendekkan tempoh menunggu. Kata beliau, ada kemungkinan pelanggan perlu menunggu beberapa bulan tetapi pihaknya berharap pelanggan akan memahami situasi yang dihadapi kerana tidak mahu berkompromi dalam menjaga kualiti model tersebut.

Beliau berkata, kapasiti pengeluaran di kilang Tanjong Malim akan ditingkatkan secara beransur-ansur, namun usaha sedemikian memerlukan kerjasama dari vendor dan ia tidak boleh dilaksanakan secara mengejut. Tambahnya lagi, Proton akan tetap berusaha untuk memenuhi harapan pelanggan kerana mereka memahami perasaan pelanggan yang mahukan faedah ‘cuti cukai’ yang akan berakhir 31 Disember ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply