ARKIB

KATEGORI

Buletin

JPJ turun bantu polis dan tentera buat sekatan jalan raya

Berita Tempatan

Views

Sinar Harian melaporkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melaksanakan sekatan jalan raya di seluruh negara. Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perkara tersebut diputuskan pada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri yang berlangsung hari ini.

Jelas beliau, hari ini pihaknya bersetuju dengan permintaan JPJ untuk membantu PDRM dan ATM dalam melaksanakan sekatan jalan raya. Beliau berkata, kadar pematuhan rakyat Malaysia terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ialah 97 peratus.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Ismail Sabri menjelaskan, sebanyak 769 sekatan jalan raya di seluruh negara dilakukan oleh PDRM dan ATM dengan 433,988 kenderaan diperiksa. Tambahnya, sebanyak 36,980 pemeriksaan mengejut telah dijalankan dan 5,022 premis telah diperiksa oleh pihak berkuasa.

Menurutnya, seramai 300 individu telah ditahan oleh pihak polis dalam sekatan jalan raya dan rondaan kerana melanggar PKP semalam. Namun, jumlah yang ditangkap semalam menurun berbanding 454 individu pada hari sebelumnya berbanding kelmarin, kadar tangkapan menurun sebanyak 34 peratus.

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Daripada 300 individu yang ditahan semalam, jumlah yang direman ialah seramai 252 orang dan 48 orang lagi telah dijamin. Selain itu, seramai 518 individu dituduh di mahkamah semalam. Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sejak 18 Mac hingga 8 April ialah 7,205 individu.

Katanya, bermula semalam juga, PDRM telah menguatkuasakan tindakan kompaun RM1,000 terhadap mereka yang ingkar PKP. Tambah beliau, sehingga kini sebanyak 95 notis kompaun telah diserahkan kepada individu terbabit.

Mereka yang didapati ingkar PKP akan dibawa ke balai polis sebelum diberikan kompaun dan bayaran tersebut perlu diselesaikan di Pejabat Kesihatan Daerah dalam tempoh dua minggu selepas tarikh ia dikeluarkan. Tambah beliau lagi, mereka yang gagal membayar kompaun akan dihadapkan ke mahkamah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply