ARKIB

KATEGORI

Buletin

Op PEWA – Rohingya paling ramai memandu tanpa lesen di Melaka

Berita Tempatan

Views

Senario warga asing yang tidak gentar dengan undang-undang negara berterusan apabila 25 orang diambil tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka kerana memandu tanpa lesen.

Dalam Operasi Pemandu Warga Asing (PEWA) dilakukan selama dua jam di sekitar Melaka Sentral petang kelmarin, sebanyak 23 buah motosikal dan dua buah kereta disita.

Pengarah JPJ negeri, Muhammad Firdaus Shariff berkata, warga asing yang dikenakan kompaun RM300 setiap seorang melibatkan 16 etnik Rohingya, lapan Bangladesh dan seorang Pakistan.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Menurutnya, kesemua mereka diambil tindakan kerana memandu tanpa sebarang lesen memandu yang sah.

Pemilik kereta dan motosikal milik warga tempatan yang disewakan kepada warga asing ini juga turut dikenakan kompaun sebanyak RM300 dan kesemua kenderaan telah disita.

Sewaktu ditahan mereka langsung tidak cuba melarikan diri malah secara rela ditahan dan dikenakan kompaun. Walaupun operasi yang dijalankan agak pendek selama dua jam namun tangkapan yang dilakukan petang semalam adalah tinggi.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Sesi Taklimat Khas E-ID Awam dan MYJPJ Bersama Pengamal Media Melaka di Ibu Pejabat JPJ negeri, Bukit Katil di Melaka, semalam.

Tambah Muhammad Firdaus, masalah warga asing memandu tanpa lesen semakin menunjukkan peningkatan ekoran sebanyak 283 kes dicatatkan sepanjang PEWA yang dijalankan sejak Januari sehingga Julai lalu.

Etnik Rohingya paling ramai melakukan kesalahan memandu tanpa lesen seramai 63 orang diikuti Pakistan (9) dan Bangladesh (6).

Tambah beliau, jumlah kompaun yang dikutip atas kesalahan tersebut sepanjang tempoh tujuh bulan pertama tahun ini adalah sebanyak RM84,900. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply