ARKIB

KATEGORI

Buletin

Delegasi Indonesia adakan pertemuan dengan Elon Musk

Berita Global

Views

Pertemuan beberapa pemimpin kerajaan dan ahli perniagaan Indonesia dengan pengasas Tesla Inc, serta bakal pemilik baharu Twitter, Elon Musk, ternyata menarik perhatian banyak pihak.

Menurut Astro AWANI, dalam catatan yang dikongsikan usahawan Pandu Sjahrir, pertemuan itu berlangsung pada Selasa di ibu pejabat Tesla Inc, di Austin, Texas, Amerika Syarikat.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Turut menyertai delegasi dari Indonesia itu adalah Menteri Koordinator Maritim dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan, serta Ketua Umum Dewan Pertimbangan Kadin, yang juga Pengarah Utama PT Bakrie & Brothers, Anindya Bakrie.

Pandu Sjahrir berkata, delegasi mereka diketuai Luhut Pandjaitan, dan kami berbicara (dengan Musk) mengenai kenderaan elektrik, tenaga boleh diperbaharui, serta B20 (dialog perniagaan G20).

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Ahli perniagaan itu berkata, dalam pertemuan tersebut, Musk yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc menunjukkan keterujaan ketika berbincang mengenai Indonesia, serta kemajuan industri nikel dan kenderaan elektrik di negara itu.

Beliau berkata, pertemuan itu diharap dapat membawa lebih banyak pelaburan berteknologi tinggi ke Indonesia, dan semoga negaranya itu mempunyai keupayaan untuk menjadi penghasil komponen penting dalam rantaian industri kenderaan elektrik global.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Anindya Bakrie

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply