ARKIB

KATEGORI

Tular

Sondol belakang Ford Ranger peniaga ikan, pemandu van polis turut disaman

Tular

Views

Pemandu van polis yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda jenis Ford Ranger di KM 16, Jalan Jerantut-Temerloh di Temerloh Jun lalu, turut dikenakan saman kerana gagal mengawal kenderaan.

Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, tindakan tersebut diambil selepas siasatan dilakukan mengenai kejadian itu yang berlaku pada 20 Jun lalu iaitu kira-kira jam 3 petang.

Ujarnya, Bilik Gerakan Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh yang menerima makluman mengenai kejadian itu mengenal pasti kemalangan yang berlaku melibatkan sebuah van Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari IPD Lipis dan sebuah kenderaan orang awam.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Dalam kejadian ini, pemandu dan penumpang dalam kedua-dua kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mohd Azhar berkata, siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu dan berbahaya.

Katanya, hasil siasatan telah dikemukakan ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Cawangan Temerloh yang mengarahkan pemandu kenderaan orang awam tersebut disaman atas kesalahan menghalang lalu lintas di bawah Kaedah 12(4) LN 166/59 iaitu kenderaan tidak boleh berhenti dan memotong di garisan putih berkembar bagi apa-apa tujuan.

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Temerloh telah mengeluarkan saman kepada pemandu kenderaan awam tersebut, manakala pemandu van polis juga telah disaman kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Sementara itu, beliau berharap dengan penerangan tersebut tiada lagi spekulasi timbul terhadap tindakan PDRM dalam menjalankan tugas.

Pihak PDRM mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang awam yang prihatin dan memberi maklumat bagi membantu pihak polis dalam menjalankan siasatan serta menasihatkan orang awam sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang wanita mempersoalkan tindakan pihak polis menyaman abangnya selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang dipandu lelaki terbabit dilanggar oleh van polis di KM 16, Jalan Jerantut-Temerloh, Jun lalu.

Butiran insiden itu dikongsikannya menerusi Twitter @itslyzaa pada Khamis, tular dengan mendapat sebanyak 17,500 tanda suka dan 16,500 ulang ciap.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit @itslyzaa

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply