Ingat lagi tak dalam artikel terdahulu, kami pernah mewar-warkan projek usahasama dua pengeluar motosikal, GPX Thailand dan SYM Taiwan yang sedang membangunkan barisan model skuter premium? Objektif kolaborasi tersebut adalah untuk menghasilkan barisan model skuter premium untuk pasaran global.
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
Model skuter pertama hasil kolaborasi ini akan diberi nama GPX Drone. Iklan acah illustrasi model skuter tersebut telah pun disiarkan ke laman Facebook rasmi GPX Thailand baru-baru ini. Namun, belum sempat lagi model ini dilancarkan, portal permotoran dari Indonesia, Warungasep.net telah mendedahkan beberapa imej patennya yang mulai tular di media sosial.
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
Setakat ini tiada maklumat terperinci mengenai spesifikasi model tersebut, tetapi menerusi imej yang tular ini kita dapat melihat reka bentuk GPX Drone yang cukup bergaya dan sporty. Ia menampilkan beberapa rekaan model seperti lampu depan bersama lampu siang LED (DRL) dan juga jejalur pencahayaan lampu belakang jenis LED.
Rekaannya juga nampak agresif dan kami jangka ia tidak menghadpi masalah untuk memukau para peminatnya nanti. GPX Drone dijangka bakal dilancarkan ke pasaran Thailand terlebih dahulu pada penghujung tahun ini. Kami menjangkakan pasaran di Malaysia akan menerima model skuter premium ini mulai tahun hadapan.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Warungasep.net
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
KOMEN TERKINI