ARKIB

KATEGORI

Tular

‘Headliner’ Proton X70 melendut dah macam kanopi Arab, warganet tanya nak baiki kat mana?

Tular

Views

Seorang pemilik akaun Facebook bernama Hadi Spk berkongsi satu hantaran yang memaparkan foto ‘headliner‘ SUV tersebut yang melendut di laman group Facebook, Malaysia X70 Community (MYX70COM) sejak semalam.

Menurutnya, foto tersebut bukanlah kenderaan miliknya tetapi, dia hanya mewakili pemilik sebenar yang bernama Hisyam Rusli untuk mendapatkan pandangan daripada warganet yang lain.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Dalam masa yang sama dia turut bertanya kepada ahli group yang lain, di manakah untuk membaiki ‘headliner‘ tersebut di sekitar kawasan Pulau Pinang.

Menurut Hadi Spk, perkara tersebut kerap berlaku pada kumpulan (batch) model siap bina (CBU) X70 yang dikeluarkan oleh kilang Geely di China.

Namun, X70 tersebut masih lagi dalam waranti dan ada yang menggesa si pemilik untuk pergi terus ke Pusat Servis untuk membuat pembaikan.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Ada komen lain mengatakan, perkara ini berlaku disebabkan gam yang diletakkan pada bahagian tersebut tidak melekat cukup kuat dan tidak tahan dengan cuaca yang panas.

Ia akan membuatkan bahagian tersebut mulai jatuh dan melendut. Sebenarnya, perkara sebegini bukan hanya berlaku kepada model X70 sahaja, malah ia kerap terjadi kepada model buatan Eropah (Continental),

Sekiranya waranti kereta sudah tamat, ‘headliner‘ ini boleh dibaiki di kedai yang membuat kusyen kereta dengan anggaran kos antara RM300 hingga RM500 bagi jenis fabrik.

Setakat artikel ini ditaip, hantaran tersebut telah menerima lebih 71 komen dengan 14,900 capaian di Facebook.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Hadi Spk

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply