ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda S660 dihidupkan kembali, tapi versi kecil dengan kawalan jauh

Berita Tempatan

Views

Meskipun telah di’pencen’kan tahun lalu. namun kereta sport kecil Honda S660 dijelmakan kembali dalam bentuk kereta mini kawalan jauh hasil kolaborasi antara Honda Acess dan Kyosho.

Model skala 1:27 bersaiz tapak tangan ini sungguhpun kecil, tetapi ia memiliki perincian yang baik dengan badan plastik, mirip dengan S660 Modulo X versi asal.

Dari segi saiz, ia berukuran 142.5 mm panjang, 67 mm lebar dan 51.7 mm tinggi. Ia ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Sonic Gray Pearl dan Premium Star White Pearl.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Kedua-duanya ditawarkan dengan bumbung berwarna merah (yang tak boleh dibuka) dan rim lapan-jejari. Ia dikuasakan oleh Kyosho Mini-Z AWD di bawah casisnya lengkap dengan tayar drift.

Model ini dikawal oleh penghantar (transmitter) Syncro KT-531P. Di dalam kotak anda juga akan mendapat sepana dan alat penyingkiran pinion supaya anda boleh servis ‘kereta kecil’ anda sendiri.

Untuk menggerakkan kereta ini ia memerlukan empat butir bateri AAA beralkali atau Ni-MH dan lagi empat butir bateri AAA beralkali untuk penghantarnya.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Sebenarnya, ini bukan kali pertama kita melihat varian Mini-Z untuk model Honda S660. Pada April 2022, Kyosho pernah menawarkan model R/C bagi “Neo Classic Racer” dengan kit badan lebar gaya retro.

Tempahan untuk Honda S660 Modulo X “Mini-Z” mula dibuka pada 13 Januari 2023 di kedai dalam talian Honda Access Yahoo!.

Pelancaran rasminya dijadualkan pada penghujung April 2023 dan model kawalan jauh ini dijual pada harga ¥27,500 (RM916.50). Amacam, berkenan tak?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply