ARKIB

KATEGORI

Tular

Pecahkan kereta Honda Civic, enam lelaki ditahan

Tular

Views

Polis Miri menahan enam lelaki warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam satu kes pergaduhan di dalam kawasan parkir tingkat bawah sebuah kompleks membeli belah di Jalan Bintang seperti dalam tiga rakaman video yang tular di media sosial , lewat petang Ahad (8 Januari).

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, suspek berusia 19 sehingga 34 tahun itu ditahan di beberapa lokasi sekitar bandaraya Miri untuk siasatan lanjut.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Tangkapan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri susulan satu aduan diterima pada hari yang sama pada jam 11 pagi.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu Merusuh Dengan Senjata dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan Khianat.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Pada petang Ahad, tiga video pendek telah tular di Facebook memaparkan sekumpulan lelaki merosakkan sebuah kereta jenis Honda Civic berwarna putih menggunakan sebatang besi. Polis masih lagi menyiasat motif sebenar kejadian. – Borneo Network

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply