ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hospital Umum Sarawak terima sumbangan peralatan perubatan dari Perodua

Berita Tempatan

Views

Perodua meneruskan lagi sokongannya kepada hospital-hospital awam dengan menyumbang peralatan diagnostik perubatan kepada Hospital Umum Sarawak serta hamper kepada para pesakit dan kakitangan.

Inisiatif ini adalah untuk menyokong misi kerajaan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan negara dan pada masa yang sama berterima kasih kepada para petugas barisan hadapan yang berdedikasi.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Hospital Umum Sarawak atas khidmat mereka kepada masyarakat, dan berharap agar sumbangan ini akan terus memberi manfaat kepada rakyat Kuching dan Sarawak.

Perodua menyumbang tujuh (7) unit Vital Sign Monitor (peralatan diagnostik untuk memantau suhu badan, nadi dan kadar pernafasan serta tekanan darah) serta hamper kepada pesakit dan kakitangan di wad kanak-kanak di hospital tersebut.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Sumbangan keseluruhan yang bernilai RM84,450 itu disampaikan oleh Datuk Zainal kepada pentadbir hospital itu dengan disaksikan oleh para doktor dan kakitangan.

Majlis penyerahan tersebut dihadiri Datuk Zainal, Ketua Pegawai Operasi Perodua Sales Sdn Bhd Encik JH Rozman Jaafar, Pengarah Hospital Umum Sarawak Dr Ngian Hie Ung dan Timbalan Pengarah (Perubatan) Dr Norinawaty Abg. Daud.

Sehingga kini, Perodua telah menyumbangkan peralatan perubatan dan kesihatan kepada hospital awam termasuk Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas, Hospital Shah Alam, Hospital Kuala Kubu Bharu, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Hospital Ampang, Hospital Putrajaya dan beberapa klinik komuniti di dalam daerah Hulu Selangor.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply