ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai perkenal transmisi manual tanpa injak cekam di India – AMT versi K-POP!

Berita Global

Views

Walaupun kebanyakan kereta dengan transmisi manual boleh dikatakan hampir ‘diancam kepupusan’ di Malaysia, namun di India lain pula ceritanya. Gergasi automotif dari Korea Selatan, Hyundai memperkenalkan transmisi manual tanpa injak cekam (pedal klac) yang dikenali sebagai Intelligent Manual Transmission (iMT).

Transmisi iMT ini bakal diperkenalkan pada model SUV kecil, Hyundai Venue. Jika anda masih ingat, transmisi jenis ini mempunyai konsep yang hampir sama dengan Automated Manual Transmission (AMT) yang pernah digunakan pada model Proton Savvy suatu ketika dahulu.

JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

Ia berbeza sedikit dengan transmisi iMT KIA yang masih mengekalkan injak cekam. Ini bermakna, pemandu Venue dengan transmisi iMT hanya perlu menggerakkan tombol untuk memasukkan gear tanpa perlu memijak injak cekam lagi (ye la, benda dah takde nak pijak apa lagi kan?).

Bagaimana transmisi iMT Hyundai ini berfungsi?

Untuk memudahkan cerita, tuil gear ini telah dilengkapi dengan sebuah Sensor Niat (Intention Sensor) yang akan mengesan bila pemandu mahu menukar gear. Kemudian, Unit Kawalan Transmisi (TCU) akan menghantar isyarat kepada aktuator hidraulik yang akan menghasilkan tekanan hidraulik.

JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA

Selepas itu, tekanan tersebut akan dihantar pula ke silinder concentric slave menerusi tiub cekam, yang membolehkan kawalan padanya. Jadi, kaki kiri anda tidak akan lenguh lagi menahan injak cekam semasa dalam kesesakan trafik, namun dalam masa yang sama anda akan dapat merasai ‘kenikmatan menukar gear secara manual’.

Rindu zaman Savvy AMT. Tapi bila dia mula menyengguk tu dah serupa naik kuda semput. Kos untuk membaiki transmisi jenis ini sekiranya rosak pun sudah cukup membuatkan pemiliknya terfikir untuk menjual terus kereta mereka. Harap transmisi iMT Hyundai tidak berkelakuan sebegitu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!
JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!
JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?
JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital
JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply