ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lori tangki terbabas rempuh beberapa kenderaan di MRR2

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, beberapa buah kenderaan rosak teruk akibat dirempuh sebuah lori tangki yang terbabas dipercayai mengalami kegagalan brek dalam kejadian di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari arah Taman Melati ke Batu Caves, tengah hari tadi.

JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

Dalam kejadian jam 1.31 tengah hari itu, lori tangki dipandu seorang lelaki berusia 67 tahun itu merempuh beberapa buah kereta antaranya trak pikap Mitsubishi Triton, Perodua Myvi, Honda Civic dan juga sebuah lori jongket, sebelum ia terbabas ke pembahagi jalan di tengah laluan.

JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata kejadian itu turut membabitkan beberapa lagi kenderaan lain yang kini sedang dikenal pasti. Jelas beliau, lori tangki berkenaan dipercayai mengalami masalah brek menyebabkan pemandunya hilang kawalan sebelum melanggar beberapa kenderaan yang berada di laluan berkenaan.

Tambahnya, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan akibat kejadian itu. Kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Suhaimi bin Tukiman di talian 013-7557556 atau 03 61262222 bagi membantu siasatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!
JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!
JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?
JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital
JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply