ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Mazda CX-30 telah dibuka – Tiga varian, harga bermula dari RM143K

Berita Tempatan

Views

Model Mazda CX-30 baharu Mazda bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi. Malaysia Mazda juga telah membuka  tempahan model crossover SUV kompak ini. Dari segi saiz, Mazda CX-30 akan berada di antara model CX-3 dan CX-5.

Model yang diimport sepenuhnya (CBU) ini akan ditawarkan dalam tiga pilihan varian :

VARIANHARGA
MAZDA CX-30 2.0L (2WD)RM 143,119.20
MAZDA CX-30 2.0L HIGH (2WD)RM 164,119.20
MAZDA CX-30 1.8L DIESEL HIGH (2WD)RM 173,027.70

 

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

Dari segi penampilan luaran, gaya reka bentuk Kodo telah berjaya menjadikan rekaan model ini sangat elegan dan cantik dipandang dari pelbagai penjuru. Para pereka di Mazda telah menggayakan SUV kompak ini dengan cukup baik sekali, dan ia direka supaya mudah untuk dipandu.

Ia lebih tinggi berbanding kereta penumpang biasa, sekaligus memberikan penglihatan yang baik dan saiz badannya yang kompak memudahkannya pengendaliannya sama ada di jalan mahupun di kawasan parkir.

Reka bentuk ruang kabin model ini pula cukup kemas dan nampak mewah, terutama sekali pada bahagian papan pemuka. Mazda CX-30 dilengkapi sistem infohiburan dengan paparan skrin bersaiz 8.8 inci yang serasi dengan sistem operasi Apple CarPlay dan Android Auto. Sistem audionya juga lebih mantap menerusi lapan pembesar suara.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Untuk pasaran Malaysia, Mazda CX-30 ditawarkan dengan dua pilihan enjin – 2.0L petrol dan 1.8L diesel. Enjin petrol empat silinder 2.0L SkyActiv mampu menjana 163 kuasa kuda pada 6,000rpm, manakala daya kilas maksimanya pula 213Nm pada 4,000rpm. Enjin diesel empat silinder 1.8L SkyActiv pula menghasilkan 114 kuasa kuda pada 4,000rpm, dengan daya kilas 270Nm pada 1,600-2,700rpm.

Kedua-dua penjana ini digandingkan bersama transmisi automatik 6-kelajuan SkyActiv Drive. Dari segi keselamatan, Mazda CX-30 dilengkapi dengan tujuh beg udara, Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek Kecemasan (EBA), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Isyarat Henti Kecemasan (ESS), Bantuan Mendaki (HLA), ISOFIX dan Kawalan Vektor-G.

Untuk varian 2.0L High dan 1.8L Diesel High, pembeli akan ditawarkan dengan ciri keselamatan tambahan seperti Sistem Lampu Puncak Adaptif (AFS), Kawalan Lampu Tinggi (HBC), Pemantauan Titik Buta (BSM), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), Amaran Tumpuan Pemandu (DAA) dan Sokongan Brek Pintar.

Lapan pilihan warna ditawarkan, antaranya Soul Red Crystal, Machine Gray, Titanium Flash, Jet Black, Deep Crystal Blue, Sonic Silver, Snowflake White Pearl dan Polymetal Gray Metallic. Mazda Malaysia menawakan jaminan pengilang selama lima tahun beserta penyelenggaraan percuma dengan had perbatuan 100,000km (yang mana tiba dahulu).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply