ARKIB

KATEGORI

Info

INFO: Pemanduan dan Pengendalian Axia serba baharu (D74A) mungkin lebih baik daripada Myvi kerana kedudukan baterinya, betul ke?

Info

Views

Ini perkongsian informasi menarik yang diperolehi dari akaun Facebook rakan kami, Asyraf Kangoo. Ujarnya, yang menarik mengenai Perodua Axia serba baharu (D74A) ini adalah bagaimana susun atur rangkaian kuasa dan juga baterinya.

Menurut pendapat dan pengalamannya, bateri adalah satu jisim berat yang mempengaruhi sedikit sebanyak tingkahlaku pemanduan (ride and handling) kenderaan tersebut.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Apabila bateri diletakkan terlalu ke hadapan, pusat jisim (CoM) akan berada terlalu dekat dengan gandar hadapan dan ini akan mengganggu kestabilan dan imbangan apabila kereta bergerak.

Dengan meletakan jisim besar ke arah berdekatan dengan pusat geometri (CoG), perkara ini boleh dielakkan. Jika anda perhatikan, kedudukan bateri Axia serba baharu (D74A) ini betul-betul berada atas garis gandar depan (front axle).

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Ini sama seperti model Toyota Yaris, Vios baharu dan juga kenderaan-kenderaan keluaran Eropah sedekad yang lalu. Proton X50 juga mempunyai kedudukan bateri yang sebegini.

Maka, tidak hairanlah sekiranya Axia serba baharu (D74A) ini dikatakan mempunyai Pemanduan dan Pengendalian (Ride and Handling) yang jauh lebih baik berbanding model sebelumnya, bahkan lebih baik daripada Myvi.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jordan Marc via paultan.org Automotive/Car Discussion Group

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply