ARKIB

KATEGORI

Tular

Pengantin wanita terima hantaran mewah, termasuk sebuah Honda Brio RS

Tular

Views

Satu rakaman video menunjukkan hantaran luar biasa mewah diberikan oleh seorang pengantin lelaki kepada pengantin perempuan di Desa Ngampelrejo, Tuban, utara Pulau Jawa, lapor portal berita detikjatim hari ini.

Ketua Desa Ngampelrejo, Tariyono berkata, hantaran itu dianggarkan bernilai sekitar 400 juta rupiah (RM121,116).

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Ia termasuk sebuah kereta Honda Brio RS, seekor lembu, seekor kambing, 15 tan beras yang diangkut menggunakan lima trak pikap, set perabot rumah di samping makanan serta minuman.

Dia berkata, hantaran mewah merupakan adat warga Desa Ngampelrejo, Tuban yang diamalkan sejak turun-turun temurun.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Hantaran pengantin lelaki kepada pengantin perempuan itu diharapkan dapat meningkatkan status keluarga pengantin berkenaan.

“Jadi, ada kebanggaan sendiri bagi orang tua jika melaksanakan pernikahan dengan hantaran seperti ini,” ujarnya.

Kata Triyono, perkahwinan itu adalah antara seorang ahli perniagaan, Doni dengan gadis bernama Irnanda iaitu anak kepada salah seorang penduduk desa tersebut. Ia berlangsung pada 30 April lalu. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply