ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Ini prototaip ujian Perodua D66B ke? Anda yakin?

Tular

Views

Hari ini 1 April 2023, gempar di laman sosial setelah satu foto yang dikatakan penemuan sebuah unit prototaip ujian Perodua D66B, dimuatnaik di Instagram sahabat kami, Theophilus Chin@Theottle.

Melihat di ruangan komen yang agak meriah, rata-rata warganet ‘percaya hidup-hidup’ yang foto tersebut adalah prototaip ujian Perodua D66B berdasarkan beberapa kriteria.

Pertama unit prototaip yang dilitup dengan pelekat hitam, kedua nombor plat perdagangan tempatan dan ketiga adalah kelibat Perodua Viva berwarna putih di belakang.

Anda benar-benar yakin ini prototaip ujian Perodua D66B?

Anda mungkin telah terpedaya. Biar penulis rungkaikan misteri ini. Jika dilihat kepada keadaan jalan, sudah pasti anda akan sukar menemui lokasinya di Malaysia.

Kedua, Theophilus Chin@Theottle yang kita kenal sememangnya pakar dalam manipulasi digital. Bukan perkara mustahil baginya untuk menghasilkan foto intip palsu ini, “kacang jer”. Lagipun, dia memang suka ‘menyakat’, hehehe…

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Sebab yang ketiga, agak jarang-jarang untuk menemui unit ujian Perodua, kerana mereka akan membuat ujian secara dalaman dan hanya sekali-sekala sahaja ‘menunjukkan muka’ di khalayak ramai.

Sebenarnya, ini adalah foto unit ujian ‘olok-olok’ (mule) Suzuki Fronx yang dibangunkan oleh Maruti Suzuki dengan kerjasama Toyota selepas Urban Cruiser Hyryder dan Grand Vitara.

Ia telah diintip oleh orang awam di India dan artikelnya pernah kami siarkan pada bulan Ogos tahun lalu. Sekilas pandang ia kelihatan seperti Toyota Yaris Cross yang dibangunkan dari pelantar Toyota New Global Architecture (TNGA) untuk pasaran Eropah.

Suzuki Fronx (Maruti Suzuki YTB) dibina dari pelantar Heartect dan telah pun dilancarkan secara rasmi di India, serentak dengan Jimny 5-pintu pada Januari lalu.

Dimensinya pula berukuran 3,995 mm panjang, 1,765 mm lebar dan 1,550 mm tinggi, manakala jarak antara rodanya adalah 2,520mm. Ruang bagasi model ini mampu memuatkan sehingga 308 liter.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Ruang kabinnya boleh dikatakan seiras dengan model hatchback Baleno, dengan skrin sesentuh ‘gaya terapung’ bersaiz 9-inci, pengecas nirwayar, paparan dongak serta kamera 360 darjah.

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi sehingga enam beg udara, kawalan kestabilan kenderaan (ESC) bantuan mendaki dan banyak lagi. Fronx ditawarkan dengan dua pilihan enjin petrol, 1.0-liter Boosterjet dan 1.2-liter K Series.

Enjin Boosterjet yang dipadankan dengan teknologi hibrid ringkas SHVS ini mampu menjana 99 kuasa kuda dan 148 Nm daya kilas. Rangkaian kuasa ini digandingkan dengan pilihan transmisi sama ada 5-kelajuan manual atau 6-kelajuan automatik.

Enjin 1.2-liter K Series pula mampu menghamburkan 89 kuasa kuda dengan 113 Nm daya kilas dan ditawarkan dengan pilihan transmisi 5-kelajuan manual atau AMT.

Kesimpulannya, memandangkan hari ini adalah 1 April dan kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kerana anda sudah terkena jenaka ‘April Fool‘.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theophilus Chin vs foto asal

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply