ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Gambaran awal Proton S50 (SS11) dari The Ajerul, bakal pengganti Prevé akan tiba akhir tahun ini

Impresi Artis

Views

Seperti yang kita ketahui, bukan SUV tiga baris tempat duduk iaitu X90 sahaja yang akan dilancarkan dalam tahun ini. Ada satu lagi model baharu, iaitu model sedan S50 (SS11) bakal dilancarkan sebelum akhir tahun.

Perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong semasa sesi pratonton media model X90 yang berlangsung di Shah Alam, baru-baru ini.

Menurut beliau, model serba baharu dan tidak akan menggantikan mana-mana model yang dijual di bilik pameran Proton pada ketika ini.

Model sedan segmen-C itu nanti dijangka mengisi slot yang ditinggalkan oleh Prevé yang telah pun ditamatkan pengeluarannya.

Pada ketika ini, Proton berada dalam fasa pengujian awal S50 (SS11) dan kelibat unit ujiannya telah beberapa kali dikesan oleh orang awam awam.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

S50 (SS11) boleh lah dikatakan versi kembar ‘tak seiras’ Geely Emgrand generasi keempat. Ia berkongsi pelantar BMA bersama dengan SUV, Bin Yue (Proton X50).

Dengan kepakaran manipulasi digital yang ada pada seorang lagi sahabat kami The Ajerul, kita sudah boleh melihat gambaran awal S50 (SS11) yang membawa identiti rekaan baharu Proton.

Ajerul telah mengolah semula wajah Emgrand dengan menerapkan rekaan jejalur busur atau “Ethereal Bow” dan kemasan jeriji “Infinite Weave” gaya baharu yang menampilkan butiran berlian yang diilhamkan daripada motif corak songket.

Pada pendapat penulis, S50 (SS11) versi Ajerul nampak ‘jauh lebih segak’ berbanding Emgrand, dengan jeriji ala sedan mewah keluaran Eropah seperti Mercedes-Benz dan Peugeot. Di bahagian belakang, boleh dikatakan hampir serupa.

Dari segi dimensi, model sedan ini berukuran 4,638 mm panjang, 1,820 mm lebar dan 1,460 mm tinggi, manakala jarak antara gandar rodanya pula 2,650 mm.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Ini bermakna, S50 (SS11) akan masuk dalam segmen-C dan dijangka ‘mengacau’ Honda Civic dan juga Toyota Corolla di pasaran.

Bukan itu sahaja, tanda harganya dijangka bakal ‘menggugat’ kedudukan dua model terlaris di segmen-B, iaitu Honda City dan Toyota Vios serba baharu.

Di pasaran China, Emgrand dikuasakan oleh enjin petrol aspirasi alami (NA) JLC-4G15B 1.5 liter empat-silinder yang mampu menjana 114 kuasa kuda dengan 147 Nm daya kilas.

Enjin ini disambungkan kepada transmisi CVT menerusi gandar roda hadapan. Dikhabarkan, model sedan ini mampu mencecah kelajuan tertinggi 170 km/j.

Menurut ejen Mat Bond, ada desas-desus mengatakan yang Proton bakal memperkenalkan model kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh beberapa tahun dari sekarang.

Katanya, salah satu calon model EV pertama Proton berkemungkinan datang dari segmen sedan. Kita tunggu perkembangan selanjutnya!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit The Ajerul

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply