ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Iriz MC2 dan Persona facelift dikesan menuju ke utara

Views

Konvoi adik-beradik Proton Iriz MC2 dan Persona facelift telah berjaya dikesan sedang menuju ke utara. Kedua-dua unit ujian yang masih dalam mod penyamaran ini sempat dirakam oleh rakan pembaca kami, Rahman Sallehin di laluan menuju ke Bukit Tagar. Sebelum ini kali pertama Persona facelift berjaya dikesan di Hentian Rehat & Rawat Gambang.

Iriz MC2 dan Persona facelift bakal berkongsi wajah yang serupa dan bakal dilancarkan serentak pada awal tahun hadapan. Kedua-duanya bukan sahaja menerima penampilan yang lebih segar, malah turut dipertingkatkan dari segi NVH selain bakal menerima unit infohibur yang baharu.

JOM BACA >> KLIMS18 : Intai-intai bakal SUV Perodua (D38L)

Agak malang, kita tidak dapat melihat penampilan awal kedua-duanya di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 yang sedang berlangung sehingga 2 Disember ini kerana Proton hanya membawa SUV pertama mereka X70 dan beberapa model semasa ke sana.

Mungkin belum sampai masanya kedua-dua model ini membuat penampilan kerana kami jangka ia mungkin akan mengganggu jualan model semasa disebabkan pelanggan akan menanti model yang baharu. Apa pun, kita nantikan info dan foto intipan yang seterusnya sementara menunggu pelancaran X70 pada 12 Disember ini.

JOM BACA >> Proton pamer X70 untuk tatapan umum di KLIMS18 – Bakal dilancar 12 Disember ini

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply