ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Kereta peronda Civic Type-R iringi konvoi YDPA ke UiTM

Foto Intipan

Views

Sebentar tadi rakan kami Mohd Sabri Mohd Sirah telah terserempak dan merakam unit kereta peronda Polis jenis Honda Civic Type-R di perkarangan Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam. Dikatakan kereta peronda tersebut menjadi salah satu kenderaan yang mengiringi konvoi Yang di-Pertuan Agong ke istiadat pemahsyuran baginda Tuanku sebagai Canselor UiTM yang baharu.

Dalam artikel terdahulu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjelaskan model Honda Civic Type-R tersebut masih lagi dalam peringkat ujian penilaian terlebih dahulu sebelum ia diterima sebagai kenderaan rasmi.

JOM BACA >> Laporan portal atas talian mengenai kos servis Perodua Bezza tidak tepat – Dr. Zahari Husin

Ia telah dipinjamkan oleh Honda Malaysia untuk tujuan tersebut dan sekiranya ia menepati kriteria yang ditetapkan oleh polis, besar kemungkinan ia bakal menjadi ‘Helang Lebuhraya’ yang baharu bagi menggantikan Mitsubishi Lancer Evolution X.

Mungkin ini merupakan salah satu tugasan dan ujian yang dilakukan oleh pihak polis bagi menilai kemampuan model tersebut. Nampak segak dan garang kereta peronda Honda Civic Type-R  ni kan?

JOM BACA >> Proton Persona facelift tampil lebih bergaya – Tempahan atas talian dibuka mulai esok

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply