ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jangan masuk Pahang sesuka hati tanpa sebab

Berita Tempatan

Views

Menurut laporan portal Pahang Media.my, YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Sri Dr. Sallehuddin Ishak menegaskan Kerajaan Negeri tidak akan membenarkan orang awam masuk ke Pahang sesuka hati tanpa sebab kerana pihak keselamatan yang membuat sekatan jalan di sempadan negeri tidak akan membenarkannya.

JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

Beliau berkata, Kerajaan Negeri akan meminta pihak polis yang membuat sekatan jalan raya di sempadan negeri supaya tidak membenarkan orang awam untuk masuk ke Pahang dengan sesuka hati. Ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah bertujuan untuk tidak membenarkan sesiapa melakukan pergerakan sesuka hati

Tambah beliau, sekiranya mereka ingi masuk ke negeri ini perlulah ada sebab seperti urusan rasmi, urusan perniagaan yang tidak dapat dielakkan (perniagaan yang dibenarkan dalam tempoh PKP). Kata beliau, setakat ini di Pahang sudah terdapat tiga tangkapan kerana mengingkari PKP dan akan dibawa ke mahkamah.

JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

Sallehuddin menambah, pihaknya perlu bertegas kerana mahu menolong orang awam supaya jumlah kes di Pahang dapat dikurangkan dan pada masa yang sama menzahirkan kesyukuran kerana negeri ini berjaya mengawal wabak COVID-19.

Ujar beliau, setakat ini di negeri Pahang ada 69 kes dan pertambahan harian terlalu kecil, iaitu paling ramai tiga kes sehari. Selain itu ada dua pesakit ditempatkan di ICU dan kini semakin stabil. Tambah beliau lagi, Isnin lepas ada empat pesakit yang ditempatkan di ICU, namun hari ini hanya tinggal dua selepas kedua-dua pesakit semakin pulih.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit The Star

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply