ARKIB

KATEGORI

Buletin

Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?

Foto Intip

Views

Jika anda masih ingat, pada penghujung Januari lalu, kami pernah menyiarkan artikel mengenai perancangan Perodua untuk memperkenalkan varian Myvi STYLE yang menurut Mat Bond, dijangka diperkenalkan pada suku kedua atau suku ketiga tahun 2020.

JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

Besar kemungkinan perancangan ini mungkin akan tertangguh disebabkan pandemik COVID-19 yang menular ke serata dunia hingga mengakibatkan negara kita kini dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun kami baharu sahaja menerima kiriman e-mel misteri yang memaparkan dua keping foto risalah kembar Myvi di Indonesia, Daihatsu Sirion varian Cross yang dikatakan telah ‘dibocorkan’ oleh seorang penasihat jualan di salah satu cawangan pengedarnya di sana.

Jika dilihat, nampak foto risalah ini seakan-akan benar, namun sebenarnya kami agak sangsi dan curiga kerana baru-baru ini, PT Astra Daihatsu Motor telah memperkenalkan model Sirion versi dikemaskini yang digayakan dengan kit aero baharu dan pengenalan dua warna baharu iaitu Electric Blue dan Granite Gray Metallic.

JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

Kalau ikut logik mudah, agak pelik mengapa model ini tidak diperkenalkan secara serentak dan menurut info yang diberikan menerusi e-mel tersebut, pelancaran varian Cross telah ditunda akibat COVID-19, namun risalahnya sudah dicetak lebih awal.

Sebenarnya kami masih lagi tidak yakin dengan maklumat ini, kerana agak janggal versi asal iaitu Myvi STYLE masih belum muncul tetapi secara tiba-tiba pula kembarnya ‘langkah bendul’. Kami akan cuba menyiasat untuk mendapatkan kepastian, nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply