ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi eK Wagon dan eK X mula masuki pasaran Jepun

Berita Global

Views

Model kei car serba baharu Mitsubishi eK yang dibangunkan secara bersama dengan Nissan mula memasuki pasaran di negara matahari terbit dan ia ditawarkan dengan dua versi iaitu eK Wagon dan versi gaya crossover, eK X yang kini menggantikan eK Custom.

eK Wagon masih mengekalkan penampilan tradisinya, manakala eK X nampak lebih padu dengan rekaan Dynamic Shield pada jeriji depan, lampu depan LED yang lebih ranggi, warna badan dua-tona dan elemen crossover pada beberapa bahagian seperti pada lengkung tayar, sil sisi dan bampar.

JOM BACA >> Kisah di sebalik Vector – Mobiliti udara pertama negara

Dari segi reka bentuk kabin, kedua-dua versi secara umumnya nampak sama tetapi eK X mempunyai lebih pilihan termasuklah rekaan dua-tona dan pilihan kemasan. Model ini dibangunkan dari pelantar serba baharu yang dibangunkan secara bersama dengan Nissan dan ia turut berkongsi enjin petrol tiga silinder 0.66-liter turbo terkini yang mematuhi peraturan kei car.

Enjin ini mampu menghasilkan 51 kuasa kuda pada 6,400 rpm dan 60 Nm daya kilas pada 3,600 rpm. Ia dipadankan dengan transmisi CVT terbaharu dan ia didatangkan dengan pacuan roda depan standard atau pilihan pacuan semua roda.

Versi eK X pula menggunakan sistem hibrid, namun Mitsubishi tidak menjelaskannya secara terperinci. Walaubagaimanapun, sistem itu dikatakan mampu mempertingkatkan penggunaan bahan bakar dan memberikan “prestasi pemanduan yang lebih berkuasa dan lancar”.

JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

Buat pertama kalinya, model Mitsubishi eK serba baharu ini ditawarkan dengan sistem bantuan pemandu satu-lorong Mi-Pilot untuk pemanduan di lebuhraya. Teknologi ini membantu operasi pemecut, brek dan stereng untuk mengurangkan tekanan dan keletihan semasa pejalanan panjang.

Selain itu, model ini turut dilengkapi dengan beberapa sistem lain seperti Kawalan Jelajah Aktif, Bantuan Kekal Lorong, Kawalan Cengkaman, Paparan Keliling dan Cermin Pandang Belakang Digital. Harga jualan (tanpa cukai) model ini di Jepun bermula dari ¥1,296,000 (RM47,720) untuk eK Wagon, manakala versi eK X pula dijual pada harga ¥1,414,800 (RM52,095).

Kalau la Proton masih bekerjasama dengan Mitsubishi sehingga sekarang, mungkin model ini bakal menjadi calon pengganti Juara kan? Rekaannya sangat comel dan ranggi, betul tak?

JOM BACA >> Adakah ini model skala kereta terbang pertama Malaysia?
JOM BACA >> Daimler sah jual 50 peratus saham Smart kepada Geely
JOM BACA >> 8,500 unit Proton X70 diserah dalam tempoh 100 hari
JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona facelift bakal dilancar 3 April?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply