ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Kes curi peralatan pasukan Ángel Nieto – Polis tahan tiga pekerja syarikat keselamatan

Sukan Permotoran

Views

Baru-baru ini peminat sukan permotoran dikejutkan dengan kes kecurian peralatan perlumbaan pasukan Ángel Nieto ketika saingan MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Menurut laporan terkini menerusi portal Sinar Harian, tiga pekerja syarikat keselamatan ditahan polis awal pagi tadi bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian peralatan yang bernilai lebih RM200,000.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Asisten Komisioner Zulkifli Adamsah berkata, tangkapan tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu dibuat kira-kira jam 1 pagi. Katanya, permohonan reman akan dibuat terhadap ketiga-tiga lelaki berkenaan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Pihaknya masih menjalankan siasatan sebelum mengesahkan sama ada ketiga-tiga pekerja keselamatan itu terlibat atau tidak kerana semasa kejadian berlaku mereka sedang bertugas di sekitar lokasi. Selain itu, polis juga sedang menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Beliau berkata, kejadian curi itu dilaporkan berlaku pada awal pagi Jumaat lalu dan kawasan itu adalah di bawah tanggungjawab syarikat keselamatan yang dilantik oleh pihak SIC. Tambahnya, kawasan tersebut berada di luar kawasan rondaan polis dan selepas kejadian itu pihak SIC telah mempertingkat kawalan keselamatan di kawasan tanggungjawab mereka.

Terdahulu, polis mengesahkan menerima satu laporan daripada Ketua Bahagian Keselamatan SIC kira-kira jam 12.22 tengah malam semalam. Antara komponen yang dicuri termasuk set lengkap penyerap hentak, angkup dan cakera brek, komputer riba, alat bengkel dan pemanas tayar. Pengurus pasukan Ángel Nieto, Gino Borsoi juga memaklumkan spring untuk fork dan penyerap hentak belakang turut lesap.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply