ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

IMPRESI ARTIS: Ini yang terjadi apabila Theottle olah rekaan Proton S70 jadi versi ‘ute’

Impresi Artis

Views

Sehingga kini tiada lagi legasi ‘ute‘ dari salasilah keluarga Proton sejak pengeluaran Arena atau Jumbuck (di United Kingdom, Taiwan dan Australia) ditamatkan pada 2009.

Seperti yang penulis jangka, sahabat kami Theophilus Chin@Theottle pasti akan menghasilkan sebuah trak pikap atau ‘ute‘ dari Proton S70.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Dengan kepakarannya dalam manipulasi digital, Theottle telah berjaya mengolah rupa sedan S70 kepada sebuah ‘ute‘ dan ia telah dinamakan semula sebagai Arena.

Rekaan hadapannya masih mengekalkan hampir kesemua bentuk asal S70, tetapi bermula dari tiang-B dan ke belakang, ia telah dikerat menjadi ‘bed‘ sebuah ‘ute‘.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Bahagian belakangnya juga berbeza sama sekali dan kebanyakan elemen rekaan telah dipinjam dari model trak pikap elektrik RD6 dari RADAR Auto, yang merupakan jenama kenderaan elektrik gaya hidup keluaran Geely.

Proton sebenarnya pernah mempamerkan sebuah trak pikap konsep semasa acara Alami Proton dan NST-MAI ASEAN Autoshow 2015, namun ia kekal menjadi ‘artifak’ sejarah syarikat kereta nasional tersebut.

Meskipun ‘karya kreatif’ seperti tidak akan menjadi realiti, tetapi setidak-tidaknya kita sudah mendapat gambaran awal bagaimana S70 menjadi sebuah ‘ute‘ kan? Apa pendapat anda?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theottle

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply