ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kumpulan pertama Ora Good Cat dah tiba di Malaysia! Siap sedia untuk diserahkan

Berita Tempatan

Views

Penantian kini berakhir bagi pemilik kumpulan pertama Ora Good Cat di Malaysia. Sejak pelancarannya pada bulan lalu, GWM Malaysia telah menerima maklum balas yang cukup memberangsangkan dari pelanggan yang meminati reka bentuk futuristik dan ciri-ciri menarik model elektrik ini.

Ora Good Cat juga baru-baru ini telah menggondol anugerah “Pendatang Baharu Paling Dinantikan Tahun Ini” di Carlist.my Editors’ Choice Awards – Car of the Year 2022.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Kereta elektrik ini dijual pada harga bermula dari RM 139,800 untuk varian 400 Pro dan RM 169,800 untuk varian 500 Ultra.

GWM turut memperkenalkan pakej ‘4-dalam-1 Purr-fect’ di mana pembeli Ora Good Cat bakal menerima pengecas mudah alih dan rumah percuma, waranti 5 tahun atau sehingga 150,000 km, waranti bateri 8 tahun atau sehingga 180,000 km dan 5 kali kos buruh servis percuma.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Pelanggan kini boleh melihat dan memandu uji Ora Good Cat di pengedar sah GWM di Glenmarie, Puchong, dan Pulau Pinang.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang GWM Malaysia di https://www.gwm.com.my atau hubungi pusat panggilan GWM di talian 1800-18-2882.

Selain itu, anda juga boleh membuat pertanyaan kepada pasukan sokongan perkhidmatan pelanggan rasmi di [email protected].

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply