ARKIB

KATEGORI

Buletin

Langgar PKP: Kantoi angkut lembu curi guna Myvi

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, seorang lelaki ditahan polis kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  turut dikesan membawa bersamanya dua ekor lembu. Suspek berusia 28 tahun itu, ditahan bersama masing-masing seekor lembu jantan dan betina, yang disumbat di bahagian belakang kereta Perodua Myvi yang dipandunya.

Ketika ditahan, haiwan berkenaan dipercayai baru dicuri oleh suspek di kawasan tepi tali air Kampung Lembah Semerak, kira-kira jam 12.30 tengah malam, Jumaat lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri, pihaknya mendapat maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam.

JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix

Katanya, suspek lelaki terbabit dipercayai baru mencuri dua lembu berkenaan dengan bantuan beberapa ahli kumpulan dan dalam perjalanan membawa haiwan itu sebelum ditahan polis. Jelas beliau, susulan tangkapan suspek, polis merampas peralatan dan barangan dipercayai digunakan untuk melakukan kegiatan mencuri lembu termasuk ubat pelali, jarum suntikan, sebilah pisau dan sebatang paip PVC.

Tambah Mohd Azmir, pihaknya percaya lembu ini disuntik pelali sebelum disumbat di belakang kereta yang sudah dicabut kerusi bahagian belakang. Ujarnya, nilai pasaran kedua-dua ekor lembu itu dianggarkan lebih RM6,000 dan pemiliknya sudah membuat laporan berhubung kehilangan ternakannya.

Katanya, lelaki berkenaan ditahan reman sejak 25 April lalu hingga esok, sedang disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan (KK) kerana mencuri, Seksyen 6 (1) Akta bahan-bahan kakisan dan letupan dan senjata berbahaya 1958 serta Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (No.2) 2020 iaitu melanggar PKP.

JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D

Tambahnya, hasil siasatan awal juga mendapati lelaki ini turut mempunyai rekod lampau bersabit kes curi. Beliau berkata, pihaknya juga sedang mengesan seorang wanita dikenali sebagai Nurul Asdayanti Mohamad, 29, beralamat terakhir di Kampung Pantai Baru, Bachok bagi membantu siasatan kes itu.

Wanita ini diminta hadir ke balai polis pada bila-bila masa bagi membantu siasatan kes dan boleh berhubung dengan pegawai penyiasat. Beliau berkata, sejak awal tahun ini, polis sudah menahan empat suspek dalam tiga tangkapan membabitkan kecurian ternakan di sekitar daerah ini.

Tambah beliau lagi, pihaknya percaya, kegiatan ini dilakukan secara berkumpulan sebelum ternakan dijual dalam pasaran tempatan. Mereka dipercayai sudah mempunyai pelanggan yang bersedia membeli lembu curi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?
JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply