ARKIB

KATEGORI

Info

MESTI BACA: Tips keluar rumah semasa PKP

Info

Views

Negara kita sedang memasuki fasa seterusnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penyebaran COVID-19 untuk dua minggu lagi, hingga 12 Mei 2020. Ada ketikanya, terdapat juga perkara mustahak yang perlu diselesaikan dan memerlukan kita untuk keluar dari rumah.

Walau apa pun keadaannya, anda perlu ingati perkara yang perlu dipatuhi sebelum melangkah keluar. Perlu diingatkan, hanya seorang wakil dari keluarga yang dibenarkan keluar semasa tempoh PKP.

Ambil langkah keselamatan sebelum keluar dari rumah

Perkara paling penting adalah kita wajib melindungi diri semasa melakukan aktiviti luar. Ia menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan kita tidak jatuh sakit dan tidak menjangkiti orang lain. Oleh itu, jangan lupa memakai topeng muka, bawa sebotol kecil pensanitasi tangan dan sekurang-kurangnya sebungkus tisu basah. Sekiranya anda menyentuh butang lif, objek atau permukaan lain, disarankan untuk segera membersihkan tangan anda sebelum memasuki kereta atau menyentuh objek lain.

JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix

Sekiranya berlaku kecemasan

Satu lagi langkah berjaga-jaga yang boleh diambil adalah dengan memberitahu seseorang jika berlaku sebarang kecemasan. Sekiranya anda perlu meninggalkan rumah, pastikan anda memberitahu arah tuju, rancangan perjalanan, dan cara-cara untuk menghubungi anda. Jangan lupa bawa telefon bimbit anda dan pastikan baterinya dicaj penuh.

Guna laluan yang biasa

Dengan negara bergerak ke fasa ke-empat PKP, polis dan tentera telah mengetatkan penguatkuasaan untuk memastikan bahawa rakyat mematuhi perintah duduk di rumah. Dengan sekatan jalan raya yang dilakukan, adalah perlu untuk kita mengetahui laluan yang hendak digunakan dengan lebih baik bagi memastikan perjalanan kita berada dalam lingkungan 10km. Namun, jika anda hendak mendapatkan perkhidmatan kesihatan, perjalanan anda dibenarkan melebihi 10km.

Patuhi tempoh masa sepanjang PKP

Seperti yang kita sedia maklum, semua perniagaan, seperti restoran, pasar raya dan juga perkhidmatan penghantaran makanan hanya dapat beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam. Orang ramai juga dilarang membawa penumpang kecuali semasa kecemasan, dari jam 10 malam hingga 6 pagi, termasuk mereka yang menggunakan khidmat e-hailing. Dengan itu, pastikan anda meninggalkan rumah tidak melebihi tempoh masa yang dihadkan oleh kerajaan.

Bawa dokumen pengenalan diri

Adalah menjadi kesalahan di Malaysia jika anda tidak membawa kad pengenalan (IC) anda, terutamanya dalam situasi sekarang. Oleh itu, pastikan anda membawa IC dan jika anda memandu, diingatkan juga untuk membawa lesen memandu kerana memandu tanpa lesen adalah kesalahan yang serius! Sekiranya alamat semasa anda tidak dikemas kini, bawalah penyata bil terkini.

JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D

Buat senarai barang dapur

Anda perlu mencari barang keperluan dengan cepat untuk meminimumkan masa di pasar raya, dan harus pastikan proses perbelanjaan anda dilakukan dengan pantas dan tanpa berulang-alik (jika anda terlupa sesuatu). Pertama, periksa pantri dan peti sejuk anda untuk makanan yang sedia ada, dan buat senarai membeli barang bagi mengelakkan anda membeli stok berlebihan.

Anda juga boleh menyusun senarai mengikut kategori, seperti daging, sayur, makanan dalam tin, produk tenusu dan lain-lain. Oleh itu perbelanjaan akan menjadi lebih mudah. Ingatlah untuk membawa beg kitar semula! Selepas membeli barang runcit, letakkan ke dalam kereta dan bersihkan tangan anda.

Menjaga kebersihan – sanitasi dan membasmi kuman

Kecenderungan untuk menyentuh muka sendiri mungkin kerap berlaku, terutamanya jika anda memakai cermin mata. Cuba untuk tidak menyentuh muka anda dan segera sanitasi apabila anda pulang. Setelah pulang, buang topeng muka anda, basuh pakaian anda menggunakan mesin basuh dan basuh tangan anda dengan air sabun sebelum mandi.

Anda juga digalakkan untuk sanitasi barang runcit, beg plastik atau beg membeli-belah, serta kunci kereta dan telefon bimbit anda. Tujuannya di sini adalah untuk memastikan tiada pendedahan di rumah anda. Dalam menghadapi tempoh PKP yang dilanjutkan, Proton berharap orang ramai mengamalkan kebersihan yang baik dan yang paling penting, untuk duduk di rumah.

Namun, sekiranya anda perlu meninggalkan rumah, sila ikuti tips ini dan pandu dengan selamat! Dalam masa sukar ini, kita harus tetap tenang dan kuat, Malaysia!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?
JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply