ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lelaki pandu Perodua Myvi maut, kereta terbabas bertembung ambulans

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum bertembung dengan sebuah ambulans di Kilometer 40, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Felda Chiku 3 di Gua Musang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, mangsa, Muhammad Afnan Afiq Sukran, 19, yang memandu kereta jenis Perodua Myvi meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya yang berusia 16 tahun berada di tempat duduk penumpang depan cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan mendapati, mangsa sedang dalam perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Krai.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.

Keadaan itu menyebabkan kereta dinaiki dua sekawan itu bertembung dengan sebuah ambulans Kementerian Kesihatan.

Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya yang cedera ringan dikejarkan ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Choon Foo memberitahu, pemandu ambulans itu terkehel kaki kanan manakala tiga penumpang di dalam kenderaan tersebut termasuk dua jururawat dan seorang pesakit tidak mengalami kecederaan.

Menurutnya, mayat mangsa Muhammad Afnan Afiq dihantar ke bahagian Forensik Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat.

Tambahya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply