ARKIB

KATEGORI

Buletin

Shell perkenal siri produk penjagaan kereta berkualiti tinggi

Berita Tempatan

Views

Shell telah melancarkan rangkaian produk penjagaan kereta berkualiti tinggi yang memfokuskan kepada prestasi dan juga estetika.

Setiap produk yang dikeluarkan adalah bukti kepakaran dan dedikasi Shell selama bertahun-tahun terhadap kualiti.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Menurut Pengurus Besar Mobiliti, Malaysia, Seow Lee Ming, rangkaian produk penjagaan kereta terbaharu itu adalah bukti dedikasi mereka, dalam menangani semua keperluan pembersihan pelanggan.

Siri produk Penjagaan Kereta Shell baharu terdiri daripada enam produk pembersihan dalaman dan luaran berbeza yang boleh didapati di stesen Shell.

Rangkaian produk ini merangkumi produk pembersihan luaran seperti Syampu Kereta Shell, Syampu dan Lilin Kereta Shell, Shell Speedwax.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Bukan itu sahaja, produk untuk dalaman seperti Kain Gentian Mikro Shell, Pembersih Kulit Shell dan Pembersih Dalaman Shell turut ditawarkan.

Kesemua produk kini boleh didapati di stesen Shell di seluruh Semenanjung dan akan tiba di stesen Shell di Malaysia Timur tidak lama lagi.

Untuk masa yang terhad sahaja, pelanggan boleh menikmati diskaun 20 peratus yang digunakan untuk semua produk Penjagaan Kereta Shell.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply