Menerusi satu kenyataan media yang disiarkan ke laman Facebook rasmi Mercedes-AMG Petronas Formula One Team, pasukan formula satu tersebut mengumumkan yang juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton didapati positif COVID-19. Ini juga bermakna beliau tidak dapat turun untuk beraksi dalam pusingan seterusnya di Litar Sakhir hujung minggu ini.
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dan Iriz MC2 versi crossover ‘berceloreng’ kembali beraksi di jalan raya
Lewis telah menjalani ujian sebanyak tiga kali minggu lalu dan keputusan ujiannya didapati negatif. Kali terakhir ujian dilakukannya adalah pada tengah hari Ahad lalu di Litar Antarabangsa Bahrain yang merupakan sebahagian daripada prosedur standard sebelum perlumbaan.
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
Walaubagaimanapun, beliau mula mendapat gejala ringan setelah bangun dari tidur hari pada hari Isnin lalu dan pada masa yang sama dimaklumkan yang kontak rapatnya semasa tiba di Bahrain didapati positif COVID-19. Beliau kemudiannya menjalani satu lagi ujian dan didapati positif. Ia disahkan lagi setelah ujian kali kedua dilakukan.
Lewis kini sedang menjalani kuarantin mengikut protokol COVID-19 dan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan awam. Meskipun mendapat gejala ringan, beliau masih lagi cergas dan sihat. Pasukan Mercedes-AMG Petronas Formula One Team akan mengumumkan pengganti beliau dalam masa yang terdekat.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Mercedes-AMG Petronas Formula One Team
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
KOMEN TERKINI