ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton umum Pakej Aksesori R3 untuk X50 – Yuran tempahan RM599, penghantaran dijangka pada Oktober

Berita Tempatan

Views

Proton telah mengumumkan pakej aksesori R3 untuk model X50 bersempena dengan pameran Malaysia Autoshow 2023 yang sedang berlangsung pada ketika ini.

Pakej ini dilancarkan untuk meraikan sambutan ulang tahun ke-20 R3, yang menandakan dua dekad penglibatan Proton dalam sukan permotoran.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Pelanggan yang berminat boleh membuat tempahan semasa pameran dengan hanya RM599 (RM500 untuk X50 dan RM99 untuk pakej aksesori) dengan penghantaran dijangka bermula pada Oktober tahun ini.

Model konsep Pakej Aksesori Edisi Hari Ulangtahun ke-20 R3 yang dipamerkan semasa Malaysia Autoshow merupakan varian Flagship X50 1.5 TGDi. Ia menggunakan skema warna hitam khas yang eksklusif untuk model ini.

Selain itu, pakej tersebut terdiri daripada Aerokit R3 yang direka khas (depan, tepi, belakang dan spoiler atas), Rim Aloi Ringan R3 Flow Formed 18-inci, Logo Jeriji Hadapan R3, Jalur Bonet R3, Emblem Nama Luar dan Dalaman Edisi Ulangtahun ke-20 R3, Pemegang Plat Nombor Pendaftaran Kenderaan R3, dan Alas Kaki 3D R3.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, Pakej Aksesori Edisi Hari Ulangtahun ke-20 R3 untuk model X50 merupakan ‘tanda ingatan’ kepada warisan prestasi dan permotoran syarikat tersebut.

Tambah beliau, tahun ini juga merupakan sambutan Ulangtahun ke-40 penubuhan syarikat dan pencapaian Proton dalam dunia perlumbaan dan litar adalah sebahagian penting dalam sejarah mereka.

Proton kini sedang bersedia untuk memasuki segmen Kenderaan Tenaga Baru (NEV) dengan pelancaran X90 tidak lama lagi dan pada masa yang sama menghargai peminat yang setia dan penggemar jenama tersebut selama bertahun-tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply