ARKIB

KATEGORI

Buletin

Malaysia Aviation Group tawar skim persaraan awal

Berita Tempatan

Views

Malaysia Aviation Group (MAG) telah menawarkan skim persaraan awal kepada pekerja manakala rundingan sedang dijalankan dengan pihak pemberi pinjaman dan pemberi pajak bagi pelan penstrukturan semula Malaysia Airlines Bhd.

Menurut Berita Harian, Borang Permohonan Persaraan Awal MAG, yang diteliti oleh Bernama, adalah khusus untuk pekerja di seluruh syarikat itu termasuk anak syarikat Malaysia Airlines iaitu MASwings, MAB Kargo, AeroDarat Services, Firefly, Hijrah Biru dan Akademi MAB.

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70

Langkah itu disasarkan kepada pekerja berpangkalan di Malaysia yang berusia 45 tahun dan ke atas serta telah berkhidmat dengan syarikat secara berterusan selama minimum 10 tahun, termasuk tempoh perkhidmatan dalam kumpulan Malaysia Airlines.

Mengulas mengenainya, Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Penerbangan Malaysia, Ismail Nasaruddin, berkata keputusan itu dianggap ‘adil’ memandangkan keputusan lebih berani juga diambil oleh syarikat penerbangan lain untuk mengurangkan operasi keseluruhan sebelum menawarkan sebarang skim pemisahan atau pampasan.

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

Beliau berkata, tawaran itu telah dibuat dan ia kini bergantung kepada pekerja sama ada mahu mengambilnya atau tidak. Katanya MAG tidak membayar begitu banyak, tawaran berkenaan hanya bagi tiga bulan gaji. Sekiranya hasil daripada tawaran ini tidak sesuai dengan angka yang mereka harapkan, jadi, langkah lebih drastik mungkin dilaksanakan seperti pemberhentian pekerja.

Ismail yakin tawaran pampasan pemberhentian pekerja itu mungkin kurang daripada yang telah ditawarkan dalam skim itu, dan kira-kira 50 peratus pekerja MAG layak untuk tawaran itu, termasuk mereka yang dipindahkan ke dalam kumpulan semasa penstrukturan semula syarikat sebelum ini.

Bagi Malaysia Airlines, ia masih memiliki tenaga kerja sebanyak 12,000 orang walaupun menghadapi cabaran daripada pandemik yang mengakibatkan syarikat penerbangan dan industri secara keseluruhan mengalami kesukaran susulan permintaan yang lemah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply