ARKIB

KATEGORI

Buletin

Menyamar jadi anggota polis larikan Honda Civic FK8 Type R, empat ditahan

Berita Tempatan

Views

Empat individu termasuk seorang lelaki dipercayai menyamar sebagai anggota polis ditahan selepas melarikan sebuah kenderaan yang dipandu uji di sebuah pusat jualan kenderaan di Jalan Ampang pada 15 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku apabila seorang jurujual berusia 26 tahun didatangi suspek lelaki yang ingin memandu uji sebuah kenderaan jenis Honda Civic FK8 Type R berwarna hitam.

Katanya, suspek datang dengan menaiki sebuah kenderaan Perodua Myvi berwarna putih dengan dipandu oleh seorang lagi individu lain. Pengadu mendapati pelanggan tersebut memakai uniform lengkap seperti seorang anggota polis.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Tambah beliau, pada 12 tengah hari, ketika memandu uji kenderaan, suspek meminta pengadu membelikan tambah nilai kad prabayar telefon di sebuah stesen minyak di Pandan Jaya sebelum melarikan kereta terbabit.

Mohamad Farouk berkata, pada 18 Februari lalu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya telah melakukan beberapa siri tangkapan terhadap empat individu tersebut termasuk seorang wanita berusia 30 hingga 40 tahun di Selayang, Selangor, Alor Star dan Jitra, Kedah.

Pemeriksaan lanjut mendapati dua suspek merupakan penganggur, seorang adalah pekerja bengkel dan seorang lagi penjaja makanan.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Tambahnya, modus operandi suspek ialah menyamar sebagai anggota polis dan melakukan curi kenderaan dengan mempedaya jurujual untuk keluar dari kenderaan sebelum melarikan kenderaan tersebut, selain suspek mencuri kenderaan untuk tujuan menjual.

Jelasnya, kerugian dianggarkan bernilai RM270,000. Pihak polis turut merampas sebuah kereta Myvi, kereta Honda Civic Type R serta kunci dan peralatan kenderaan yang dibuka, sepasang uniform operasi polis, beberapa telefon bimbit dan peralatan lain untuk membantu siasatan.

Ujarnya, kesemua ditahan direman selama empat hari bermula hari ini dan disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu curi kenderaan – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply