ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bumbung Myvi berlubang gara-gara bahan letupan buatan sendiri

Berita Tempatan

Views

Polis mengesahkan berlaku insiden letupan sehingga menyebabkan bumbung sebuah kereta berlubang dalam kejadian di hadapan sebuah rumah dekat Padang Jawa, minggu lalu.

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata susulan kejadian itu, seramai 10 saksi sudah dipanggil untuk dirakam percakapan, setakat ini.

Beliau berkata, polis terdahulu menerima panggilan daripada mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun yang memaklumkan berlaku satu letupan di bahagian bumbung kereta miliknya.

Katanya, mangsa memaklumkan pada jam 3.50 pagi 17 Februari lalu, isteri mangsa memberitahu terdapat percikan api atas keretanya.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Mangsa kemudian keluar untuk memeriksa keadaan luar rumah yang dipenuhi asap sebelum menghubungi pihak polis.

Hasil siasatan mendapati kereta jenis Perodua Myvi berwarna kuning milik mangsa yang diparkir di hadapan rumah berlubang di bahagian bumbung.

Pemeriksaan dalam kereta tidak menjumpai apa-apa senjata atau benda asing dan kenderaan itu didapati berlubang di bahagian bumbung dipercayai kesan gelombang letupan berikutan terdapat kesan lekukan besi (bumbung).

Menurut saksi kejadian iaitu jiran mangsa mendengar satu bunyi letupan yang kuat pada jam 3.50 pagi. Mohd Iqbal berkata, susulan kejadian itu sepasukan anggota forensik Polis Selangor bersama Unit Pemusnah Bom Bukit Aman membuat siasatan di lokasi.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Katanya, pemeriksaan mendapati pembuatan bahan letupan itu dilakukan oleh orang yang ada pengetahuan mengenainya.

Bahan letupan berkenaan adalah jenis low explosive (serbuk belerang) dan teknik yang digunakan bagi menyebabkan letupan adalah teknik bakar kerana menjumpai sumbu dipercayai digunakan untuk memulakan letupan berkenaan.

Jelasnya, tiada sebarang kemalangan jiwa dalam kejadian berkenaan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

Katanya, sebarang maklumat berkaitan kes itu boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes Asisten Superintendan Mohammad Khairi di talian 012-2666025.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply